top of page

Berhenti salahkan Anwar, KEADILAN

Updated: Nov 28, 2020


Kenyataan Setiausaha Pemuda DAP, Eric Teh disifatkan sebagai keterlaluan apabila mendesak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar meminta maaf selain mengugut agar partinya meninggalkan gabungan Pakatan Harapan (PH).


Ketua Angkatan Muda KEADILAN Selangor, Najwan Halimi berkata sewajarnya pada waktu ini, usaha yang diikhtiarkan oleh Anwar mendapat sokongan dan kepercayaan penuh dari parti komponen PH.


"Apatah lagi, Majlis Presiden PH sendiri telah memberikan kepercayaan itu kepada Anwar. Justeru, semua sayap dan pimpinan parti harus akur. Begitulah lazimnya disiplin asas beroganisasi.


"Kita wajar menginsafi, usaha tersebut bukan mudah. PH telah kehilangan kerajaan ketika Anwar tidak memegang apa-apa jawatan kabinet dalam tempoh 22 bulan pentadbiran PH. Oleh itu, adalah sangat tidak adil bila mana semua beban perlu ditanggung Anwar tatkala tangan dan kakinya diikat dari bergerak.


"Sikap begitu tidak lebih sebagai langkah membuli Anwar dan KEADILAN; sedangkan selama lebih 20 tahun, Anwar telah mendedikasikan perjuangannya untuk memperkukuh gabungan parti-parti pembangkang," katanya dalam kenyataan.


Ulasan itu dibuat selepas cubaan undi belah bahagi dihentikan oleh Anwar yang menyaksikan Belanjawan 2021 lulus di peringkat dasar.


Justeru, Najwan menyeru agar sayap Pemuda DAP dan setiausahanya agar tidak membuat kenyataan yang bukan-bukan sebelum merujuk pimpinan tertinggi partinya sendiri.


Beliau juga meminta rakan komponen PH untuk berhenti menyalahkan satu sama lain dan fokus terhadap kerjasama dan usaha mengambil alih semula tampuk pentadbiran negara.


"Kecelaruan komunikasi sebegini yang perlu dielakkan sama ada di dalam atau di luar parlimen.


"Adalah tidak bertanggungjawab apabila disiplin diabaikan dan komunikasi bercelaru tetapi akibat buruknya sekali lagi terpaksa digalas oleh Anwar khasnya, dan KEADILAN amnya.


"Ayuh kita kembali fokus membantu pimpinan untuk mengembalikan mandat rakyat dan memgambil-alih semula Putrajaya," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page