top of page

Berhenti label lawan politik sebagai 'musuh Allah'



Semua pihak digesa berpolitik secara sihat dengan tidak menyerang pihak lawan menggunakan sentimen agama.


Setiausaha Eksekutif Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata berkempen politik seharusnya berjalan secara harmoni menerusi dakwah yang lunak dan berhemah bagi menampilkan kelebihan parti masing-masing.


Justeru tegasnya, semua terma seperti musuh Allah, musuh perjuangan agama dan melabelkan mereka seagama yang berbeza parti akan ke neraka perlu dipadamkan dalam politik demokrasi.


"Saya mengalu-alukan tindakan segera pihak berkuasa dalam isu seperti terma musuh Allah ini.


"Ini menjadi ingatan kepada para pemimpin agar lebih berhemah ketika berkempen ketika Pilihan Raya Negeri (PRN)," katanya menerusi hantara di Facebook.


Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Kedah, Syeikh Muhd Zainul Asri Mohd Romli yang didakwa mengeluarkan kenyataan berkaitan ‘Musuh ALLAH’ dalam program Himpunan Kedah Berselawat baru-baru ini.


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sebelum ini berkata pihak berkuasa akan meneruskan siasatan terhadap Zainul Asri berhubung kenyataan dibuatnya.


Polis jelasnya telah memanggil Zainul Asri bagi memberi keterangan.

"Dalam pertemuan pertama dengan polis, beliau mengaku melakukan kesilapan dan menyatakan terlalu teruja apabila melihat hadirin yang ramai," kata Saifuddin pada sidang media sebelum ini.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page