top of page

Berhenti fikir soal adakan PRU-15, duit patut digunakan untuk bantu rakyat


Naib Presiden KEADILAN, Datuk Dr Xavier Jayakumar menempelak kenyataan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu adakan Pilihan Raya Umum Ke-15 lebih awal jika memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.


Beliau berkata, sebarang pilihan raya tidak sepatutnya menjadi keutamaan ketika ini kerana rakyat masih terkesan dengan wabak COVID-19.


"Perdana Menteri kata kalau menang buat PRU-15 lebih awal, Ini satu ugutan kepada penduduk Sabah. Ini bukan tentang Parlimen, mereka sendiri tidak ada majoriti dalam Dewan Rakyat malah kerajaan pun masih tidak stabil.


"Kita masih dalam situasi COVID-19, tapi apabila berlakunya pilihan raya, kerajaan perlu berbelanja dua kali ganda ketika ini sedangkan duit itu boleh digunakan untuk rakyat," katanya ketika berkempen untuk calon DUN Inanam, Peto Galim.

Xavier juga memberi peringatan kepada Muhyiddin bahawa PRN Sabah berlaku bukan atas kemahuan rakyat semata-mata.


"Pilihan raya datang bukan sebab rakyat mahu tapi ada pemimpin yang salah guna kuasa dan menggunakan wang dan hadiah yang merupakan satu bentuk korupsi untuk jatuhkan kerajaan, jangan lupa dan rakyat tidak akan maafkan," katanya.


Pada masa sama, Xavier memberikan sokongan penuh kepada gabungan Warisan Plus yang diterajui oleh Datuk Seri Shafie Apdal.


"KEADILAN bersama Warisan Plus berharap dapat membentuk kerajaan bersama Shafie sebagai calon Ketua Menteri Sabah.


"Kita tidak ada masalah untuk bekerjasama dan memberi sokongan kepada Shafie, tidak ada tentangan antara KEADILAN dengan sesiapa, sebaliknya kita bersama-sama dalam perjuangan," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page