top of page

Berbahas di Parlimen bukan bermaksud melengahkan bantuan COVID-19 - Anwar

Updated: Jul 17, 2020


Beberapa ahli parlimen dari KEADILAN mengambil pendirian tegas dan menggesa kerajaan supaya Rang Undang-undang COVID-19 Pelaksanaan Langkah Sementara dibentangkan dan dibahaskan segera bagi mengenal pasti serta menangani masalah yang dihadapi rakyat ketika ini.


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata soal dana Prihatin, pelan Penjana, Prihatin tambahan serta pakej ransangan untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) harus dipertikai sewajarnya.


"Bagi pakej ransangan ekonomi untuk PKS, pelaksanaannya boleh dipertikai kerana disalurkan oleh bank yang mempunyai syarat-syarat dan keutamaan tertentu yang tidak akan memberi manfaat kepada PKS yang kecil.


"Justeru, pelaksaaan perlu diubah suai supaya agensi kerajaan lebih bertanggungjawab dan dapat bersama mengendali dana selain penyerahan total dari bank.


"Dari segi jumlah dana, suntikan 5 peratus itu tidak mencukupi apabila jangkaan pengangguran bertambah dan defisit membengkak.


"Saya gesa kerajaan memberi perhatian dan menimbang untuk menambah peruntukan segera," katanya di Dewan Rakyat hari ini.


Pada masa sama, Anwar menolak hujahan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa perbahasan di Parlimen akan melengahkan peruntukan dana kepada rakyat.


"Betapa pentingnya ada perbahasan adalah bagi menambah baik jumlah yang dikongsikan dan menambah soal pelaksanaan.


"Kena faham, bukan semua yang kerajaan laksanakan kita bangkang, kebanyakan program kerajaan pun didokong.


"Namun, perbahasan parlimen bukan bermaksud melengahkan. Jangan guna alasan kononnya kerana perbahasan adalah langkah membantu dan dilengahkan itu tidak benar sama sekali.


"Itu hanya hujah dalih untuk elak perbahasan Parlimen," katanya.


Ahli Parlimen Port Dickson itu juga meluahkan rasa hairan mengapa Rang Undang-undang COVID-19 hanya dibentangkan pada bulan September.


"Saya pun tak faham kenapa kena tunggu sampai September. Kalau rasa perkara ini terdesak biarlah dibahas.


"Isu pakej pun belum ada dalam jadual. Bila nak dibentangkan nanti kalau kita minta bahas 2 jam sekalipun sudah tidak ada makna untuk bagi input sewajarnya.


"Perdana Menteri sebut akan bentangkan pakej tambahan termasuk yang telah diperkenalkan.


"Namun sehingga hari ini kita tidak ada ruang membahas dengan spesifik dan ruang untuk menteri menjawab menjelaskan selain daripada perbahasan Titah Diraja," katanya.


MP KAPAR


Ahli Parlimen Kapar, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata kerajaan PN sepatutnya memberikan suntikan dana kepada Skim Insurans Pekerja (SIP), supaya golongan yang hilang pekerjaan dapat menuntut hak mereka dengan sewajarnya.


"Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) menyatakan 1.46 juta orang akan hilang pekerjaan. Dalam SIP, sudah termaktub jelas kalau sesebuah syarikat tidak beroperasi, pekerja layak dapat SIP. Namun sampai hari ini SIP tidak digunakan sepenuhnya.


"Sepatutnya kerajaan menyuntik dana kepada SIP. Mungkin kerajaan tidak buat kerana tidak tahu atau takut tidak dapat balik wang yang disuntik sedangkan wang itu boleh dikembalikan menerusi pencarum Perkeso. Ini satu kegagalan untuk menggunakan manfaat SIP.


"Kita khuatir 3.3 juta rakyat menghadapi pembuangan luar biasa, jadi kita tidak boleh berlengah waktu, kerajaan perlu memastikan SIP tidak diabaikan dan tidak menjadi igauan buruk kepada mereka yang terkesan dengan COVID-19," katanya.


MP JOHOR BAHRU


Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir pula membangkitkan isu Skim Kredit Mikro Bank Simpanan Nasional (BSN) yang dianggap tidak cukup efisien walaupun peruntukan RM500 juta telah disalurkan.


"Kerajaan memberi jaminan bahawa golongan dalam Industri Kecil dan Sederhana (IKS) boleh memohon sampai hujung tahun dan dijanji dapat bantuan dalam dua minggu.


"Tapi ada yang mengadu apabila memohon, bank kata permohonan sudah tutup pada 22 Mei. Jadi mereka tidak dapat memohon.


"Di Johor misalnya, terdapat lebih 13,000 majikan yang permohonannya tertangguh, permohonan sampai tidak boleh diproses, jadi saya gesa supaya peruntukan ini disemak semula, adakah kerajaan ada rekod, berapa banyak permohonan yang ditolak tepi," katanya.


MP LEMBAH PANTAI


Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berpandangan bayaran moratorium sepatutnya dilanjutkan tetapi tidak dapat dibincangkan kerana kekangan di Parlimen.


"Saya kesal bila pakej ransangan ekonomi nak dibentangkan di Parlimen, adakah bulan September, kita tidak tahu.


"Setakat hari ini, bayaran moratorium bernilai RM55.2 bilion, bukan satu jumlah kecil.


"Kita lihat isu bayaran moratorium sejak diumumkan, timbul keadaan tidak tentu berkenaan dengan kadar kaedah yang terus menjadi masalah kerana tidak ada perbincangan, tapi jika dibahas di Parlimen sudah tentu boleh diteliti," katanya.


MP PERMATANG PAUH


Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar turut mempersoalkan bilakah kerajaan akan membentangkan Rang Undang-undang COVID-19.


"Di Singapura, Akta COVID-19 diumum awal dan parlimen negara itu bersidang bagi memperkenal undang-undang supaya contractual obligation melibatkan syarikat dan penyewa premis dapat terbatal dikala bencana.


"Kita dengar menteri akan umum pembentangan RUU COVID-19 pada bulan September tetapi adakah kita sudah kehilangan peluang besar, sementara beratus syarikat kehilangan dana kerana tiada undang-undang untuk dikuat kuasa dan menjaga kebajikan," katanya.


0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page