Tema Kongres Wanita KEADILAN 2021 "Beraspirasi Untuk Menjadi Inspirasi" perlu dijadikan prinsip perjuangan bagi membawa parti ke puncak kejayaan.
Menurut Ketua Wanita KEADILAN, Fuziah Salleh, beliau amat mengharapkan sayap wanita berteguh memperjuangkan aspirasi berkenaan dan berazam untuk memperbaiki diri, mencabar diri serta menjadi yang terbaik dalam perjuangan.
"Hasrat saya, semoga Wanita KEADILAN menjadi satu kelompok wanita yang tidak mudah mengaku kalah, berjiwa kental dan berhati waja.
"Kisah pengkhianatan tidak akan bisa merencat kita. Berkeyakinan penuh dengan apa yang kita bakal capai dan bangkit untuk mencapai cita-cita.
"Saya sentiasa mahu melihat Wanita KEADILAN mampu menjadi inspirasi kepada mereka yang lain. Itulah antara ciri pemimpin. Seorang pemimpin merupakan mereka yang bukan sahaja dikelilingi pengikut bahkan beliau juga adalah seseorang yang boleh serta mampu
melahirkan pemimpin yang lain," katanya sewaktu membentangkan ucapan dasar Kongres Wanita KEADILAN, pagi ini.
Menurut beliau, pasca Langkah Sheraton lebih setahun lalu, sayap Wanita parti telah semakin kukuh dan mantap dengan perjuangan menuntut reformasi kerajaan bangkit dari segenap penjuru tanah air
"Kini kebangkitan Wanita KEADILAN telah kita saksikan di seluruh negara termasuk di pedalaman Sabah dan Sarawak, malah kita turut menyaksikan wanita muda, anak-anak dan adik-adik kita dari kalangan Srikandi KEADILAN turut serta dalam arus perdana perjuangan
"Ini bermaksud kita telah bangkit semula dan berjaya ‘reset’ sehingga kepada menyediakan barisan pelapis. Mereka ini nanti yang akan diacu dan ditunjuk ajar, dilatih, dibimbing serta dimentor sebagai pewaris untuk meneruskan perjuangan ini kelak," katanya lagi
Fuziah turut berpuas hati selama sepuluh bulan sejak beliau mengambil alih tampuk kepimpinan menyaksikan sayap Wanita bangkit semula di
seluruh negara, dari Perlis hingga ke Sabah, dari cabang di kota seperti Ampang sehingga cabang di desa seperti Jerlun, Kedah.
Katanya, Wanita KEADILAN telah membuktikan pergerakan itu mampu bangki, reset dan arah serta hala tuju hari ini lebih jelas serta lebih utuh berbanding sebelum pengkhianatan.
Comments