top of page

Beras Madani, subsidi bersasar diteliti rapi sebelum dilaksanakan



Kerajaan akan meneliti dengan rapi sebelum melaksanakan sebarang polisi baharu berkaitan bekalan beras dan polisi subsidi bersasar.


Jaminan itu diberikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Majlis Perasmian Penutup Program Madani Rakyat 2024 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Kuala Selangor, semalam.


Katanya, polisi untuk menggantikan Beras Putih Tempatan dengan Beras Putih Malaysia Madani masih lagi dalam kajian dan penelitian sebelum sebarang pengumuman mengenainya dibuat.


"Harga beras tempatan sekarang RM26 tetapi kita tahu sukar perolehi. Saya baru ini balik Permatang Pauh, saya tanya rambang, mereka kata tak ada sebab itu mereka pilih beras Madani RM30.


"Tetapi ini campuran (tempatan dan import). Jadi Kementerian Pertanian bimbang. Jadi bila kita tak tetapkan campuran itu, berapa peratus import - tempatan takut jadi kontroversi.


"Saya kata biar kita teliti betul betul. Kerajaan ini kita buat macam itu. Dia tak ada jalan pintas, teliti betul betul apa masalah," katanya dalam menjawab pertanyaan seorang peserta dialog.


Berkenaan subsidi bersasar pula, kata Anwar, kerajaan sedang meneliti jalan terbaik untuk melakukannya.


Namun ujar beliau, subsidi secara pukal tidak lagi boleh dibenarkan kerana golongan pekerja asing dan golongan maha kaya turut menikmati subsidi yang dikhususkan kepada golongan sederhana dan miskin.


"Penyelarasan subsidi jadi isu besar pembangkang, katalah kita naik harga minyak masak. Kita naik RM2 atau RM1, (sebenarnya) kita tak bebankan pengguna.


"B40, M40 tak perlu bayar tambahan kerana kita masukkan dalam akaun dia, berapa minyak digunakan setiap bulan, katakan RM20, dari STR kita beri (amaun).


"Bila kita buat begitu kita selamatkan bilion ringgit kerana 3.5 juta orang asing sekarang ini sedang guna subsidi kita. Katalah diesel, RON 95 yang kita beri itu, 3.5 juta orang asing dapat subsidi kerajaan. Dia tak bayar cukai dan maha kaya pun dapat.


"Naik RM1 - RM2, kita tampung balik. Kalau naik, kita masuk dalam akaun kamu. 80% warga Malaysia akan dibantu.


"Esok kalau saya umum apa apa jangan panik kerana dihasut orang tak bertanggungjawab. Sebab itu di parlimen saya tanya kamu ini (pembangkang) wakil siapa, wakil orang asing, wakil orang kaya atau wakil rakyat?


"Kalau wakil rakyat kenapa nak marah? Walau harga barang naik, sebulan naik RM50, kita bayar (bantuan) RM50. Naik RM100, kita bayar RM100," katanya.


Dalam isu pertanian dan menambahkan bekalan makanan pula, PM berkata, kerajaan akan berusaha menggunakan pendekatan pertanian bandar bagi menggalakkan golongan B40 bertani untuk mengurangkan kos perbelanjaan harian mereka.


".... kerana saya tengok jauh lebih berjaya di Singapura, projek pertanian bersasar di kawasan kota dan pinggir kota.


"Saya harap dalam tempoh sebulan selepas pengumuman ini ada program yang diperkenalkan kementerian berkaitan, ada satu proses anjakan kepada pengeluaran hasil pertanian di mana tidak ada (banyak) tanah.


"Ini dilakukan di beberapa kota, agak berhasil dalam beberapa bidang di Singapura, ada tindakan diambil di Kuala Lumpur sendiri, saya mahu ada penekanan.


"Ada perutukan tambahan khas dalam bidang ini untuk meningkatkan peruntukan pertanian bandar, terutama buat golongan miskin bandar," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page