top of page

Beras import bersubsidi RM2.1j dirampas dari gudang tidak berlesen



Kawalselia Padi dan Beras (KPB), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bertindak merampas 645.75 tan metrik pelbagai gred beras termasuk beras putih import (BPI) bersubsidi dianggarkan bernilai RM2.1 juta di sebuah gudang di Sibu, Sarawak.


Kementerian dalam kenyataannya berkata serbuan dilakukan oleh sepasukan penguat kuasa KPB bersama polis dan Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia (MCBA) melalui operasi bersepadu Op Taring Bravo 3 yang dijalankan di sekitar Sibu dari 15 hingga 16 Mei lalu.


"Hasil pemeriksaan mendapati premis berkenaan tidak mempunyai lesen di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994. KPB telah menyita stok beras tersebut berserta dokumen-dokumen berkaitan bagi siasatan lanjut di bawah akta itu dan Peraturan-Peraturan Kawalan Padi dan Beras (Pelesenan Pemborong dan Peruncit) 1996 P.U (A) 624.


"Siasatan turut dijalankan terhadap syarikat tersebut sama ada terlibat dalam aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi iaitu beras putih import," kata kenyataan itu hari ini.


Mulai 5 Oktober tahun lalu, kerajaan bersetuju untuk memberikan subsidi BPI sebanyak RM950 per tan metrik peringkat borong bagi Sabah, Sarawak dan Labuan dengan harga jualan runcit tidak melebihi RM31 bagi pek 10 kilogram.


Jelas kenyataan itu, tindakan menyeleweng barang bersubsidi adalah perbuatan tidak bertanggungjawab yang membawa kerugian kepada negara dan mengakibatkan rakyat tidak dapat membeli barangan itu.


KPB sentiasa berkolaborasi dengan pelbagai agensi penguatkuasaan negara termasuk polis dalam mempergiatkan aktiviti penguatkuasaan bagi mengekang pihak yang cuba menyeleweng BPI di Sabah dan Sarawak termasuk cubaan membawa keluar beras tersebut dari sempadan negara.


"KPB memberi peringatan kepada semua pemegang lesen supaya mematuhi perundangan di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 [Akta 522] dan peraturan-peraturan di bawahnya. Tindakan tegas akan diambil sekiranya pemegang lesen gagal mematuhinya," tegasnya.


Orang awam diminta menyalurkan aduan atau maklumat secara rasmi berkaitan sebarang pelanggaran undang-undang berkaitan padi dan beras melalui Portal Aduan KPB https://skpb.kpkm.gov.my/adu atau hubungi Ibu Pejabat KPB, Putrajaya di talian 03-88701751/1748/1183.

0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page