Berapa hektar hutan simpan Pahang telah ditukar status?

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh tampil mempersoalkan berapa banyak hektar hutan simpan kekal di Pahang telah ditukar status ketika ini.


Beliau berkata, penukaran status kepada ladang hutan dalam hutan simpan kekal di daerah Bentong didakwa menjadi punca beberapa kawasan hutan di sekitar Sungai Kerau dan Sungai Telemong digondol.


Katanya, penukaran status mengikut perundangan itu membenarkan pelesen menebang dan mengeluarkan balak bagi tujuan pembersihan hutan sesuai dengan statusnya sebagai ladang hutan.


"Jabatan Perhutanan Negeri Pahang tidak cakap bohong kerana betul tiada kelulusan pembalakan, tetapi mereka dan kerajaan Pahang perlu menerangkan secara tepat berapa banyakkah kawasan hutan telah ditukarkan status kepada Ladang Hutan?


"Perkara ini perlu dedahkan, apabila status itu ditukar, mereka boleh bersihkan kawasan hutan itu.


"Jadi, kita ingin tahu berapa hektar telah diluluskan untuk dijadikan ladang hutan oleh kerajaan Pahang di seluruh negeri ini?" katanya.


Mengulas lanjut, Fuziah berkata, penukaran status kepada ladang hutan itu boleh diandai sebagai satu 'silap mata' bagi mengeluarkan hasil hutan bukan atas lesen pembalakan.


Beliau menjelaskan, aktiviti pembalakan tidak boleh dilakukan di kawasan hutan simpan kekal, tetapi penukaran status terbabit kepada Ladang Hutan akan menghalalkan penebangan balak.


"Ladang hutan ini tidak dikira sebagai aktiviti pembalakan, tetapi melibatkan proses untuk membersihkan kawasan hutan dan lazimnya mereka memotong dan mengambil balak seterusnya menggondolkan bukit.


"Selepas itu, mereka akan menanam kawasan hutan itu dengan pelbagai tanaman seperti pokok sawit, gaharu dan sebagainya.


"Bagaimanapun, ada juga projek Ladang Hutan terbengkalai di Pahang selepas balak diambil dan kawasan tersebut terus gondol,“ katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER