top of page

Berapa banyak dokumen negara ditandatangani dengan nama Muhyiddin bukan Mahiaddin?



Keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam baru-baru ini yang membebaskan seorang tahanan akibat Menteri Dalam Negeri menandatangani dokumen penahanan beliau dengan nama glamour Muhyiddin Yassin menimbulkan kebimbangan mengenai berapakah jumlah dokumen yang telah salah ditandatangani oleh Perdana Menteri.


Bagi Ketua Wanita KEADILAN Johor, Napsiah Khamis, kecuaian Muhyiddin mengikut Akta Fungsi-fungsi Menteri 1969 yang mewajibkan beliau menggunakan nama asli adalah sesuatu yang sangat serius dan tidak wajar berlaku memandangkan rekod perkhidmatan Muhyiddin melebihi 30 tahun.


"Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku kerana jelas dinyatakan di bawah Akta Fungsi-fungsi Menteri 1969, iaitu nama yang dinyatakan dalam warta adalah Mahiaddin Md Yasin, nama beliau dalam MyKad.


"Tak mungkin Mahiaddin tidak sedar wujudnya akta yang sebegitu penting?


"Timbul juga beberapa persoalan seperti berapa banyak dokumen berkaitan keselamatan negara yang ditandatangani Mahiaddin menggunakan nama glamor?


"Sewaktu angkat sumpah menjadi Perdana Menteri, beliau menggunakan nama Muhyiddin atau Mahiaddin? Sah atau tidak pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri?


"Ketika bertanding piliha raya lepas, atas kertas undi menggunakan nama sebenar atau nama popular?" tanyanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Kata Napsiah lagi, kerajaan Perikatan Nasional sewajarnya memberi penjelasan menyeluruh mengenai kontroversi nama glamor berkenaan agar tidak menumbulkan kekhuatiran rakyat mengenai keabsahan dokumen-dokumen yang ditandatangani Muhyiddin.


"Bimbang terlalu asyik dengan nama glamor, Mahiaddin tanpa sedar atau lupa tentang isu keselamatan yang jauh lebih berat dan besar.


"Jadi saya berharap kerajaan dapat memberi penjelasan sejelas-jelasnya berkaitan isu ini dan memberi jaminan supaya ianya tidak lagi berulang pada masa hadapan," katanya.


Pada 2 April lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam membatalkan perintah penahanan Awang Sari Lasikan, yang berasal dari Sabah kerana bekas Menteri Dalam Negeri era kerajaan Pakatan harapan, Mahiaddin Md Yasin menandatangani dokumen penahanan menggunakan nama glamor Muhyiddin Mohd Yassin.


Kesalahan itu melanggar Akta Fungsi-fungsi Menteri 1969 yang mewajibkan beliau menggunakan nama asal di dalam MyKadnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page