Berakhir isu lantik hakim, tumpu PRN Sabah - Sangetha
- Suara Keadilan

- Jul 19
- 1 min read

Oleh: Akmal Manaf
Berakhirnya isu pelantikan Ketua Hakim Negara yang dipolemikkan ke seluruh negara oleh pembangkang, misi seterusnya adalah untuk melakukan persiapan serapi mungkin menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Bagi Naib Ketua Wanita KEADILAN Pusat, Sangetha Jayakumar (gambar), parti perlu melakukan persediaan PRN Sabah sesegera mungkin dan kemudian bersiap siaga pula menghadapi beberapa siri PRN yang lain.
"Dalam masa terdekat kita fokus terhadap PRN Sabah dan memastikan kita membantu kawan-kawan di sana," katanya ketika ditemui Suara Keadilan pada Seminar Pemantapan Organisasi dan Jelajah Presiden KEADILAN Peringkat Negeri Selangor yang diadakan di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam semalam.
Selain itu, katanya, parti juga pada waktu ini sedang memberikan latihan dan pemantapan semangat perjuangan kepada para anggota pasca Pemilihan KEADILAN 2025.
"Pada masa sama, kita memberi penekanan terhadap isu integriti, isu pemantapan organisasi melalui latihan parti dan kepada anggota-anggota kita," katanya lagi.









Comments