top of page

Benteras ulat parking sekitar Kuala Lumpur - Dr Zaliha



Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa mengarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membanteras ulat-ulat tempat letak kereta di sekitar ibu negara.


Tegasnya, kegiatan haram seperti itu tidak sepatutnya berlaku dan tindakan tegas juga perlu diambil ke atas mereka yang terlibat.


"Saya telah arahkan DBKL untuk tingkatkan pemantauan dan rondaan serta ambil tindakan ke atas aktiviti ulat parking seperti ini. Tindakan seperti ini tak sepatutnya berlaku," katanya dalam kenyataan.


Terdahulu, tular di laman sosial TikTok video dimuat naik individu yang memaparkan kesan calar pada bahagian pintu keretanya dipercayai dilakukan ulat parkir kerana enggan membayar RM15 caj parkir.


Menurut mangsa, kejadian itu dilaporkan berlaku di kawasan letak kereta berhampiran Maybank di Bukit Bintang.


Kegiatan ulat parking bukan sahaja mengutip bayaran secara haram, malah mereka didakwa semakin berani bertindak mengugut serta merosakkan kenderaan jika tidak menerima bayaran.


Difahamkan ratusan lokasi di pusat bandaraya seperti Bukit Bintang serta Sentul, Ampang, Damansara dan lain-lain disyaki menjadi kawasan kegiatan haram itu berleluasa hingga menimbulkan rungutan awam.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page