top of page

Benteras buli akan jadi KPI utama sekolah - Fadhlina

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 18
  • 1 min read
ree

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek bakal memberi insentif kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Dr Burhanuddin di Taiping, Perak sekiranya berjaya mencatat 'sifar buli'.


Menerusi perkongsian di laman Facebooknya Fadhlina Sidek (gambar) berkata, usaha membanteras salah laku buli perlu dijadikan petunjuk prestasi utama pentadbir sekolah dan perlu digerakkan habis-habisan.


"Saya berjanji akan memberikan insentif khas jika sekolah ini berjaya mencatat sifar buli," katanya.


Terdahulu, semasa lawatan ke sekolah berkenaan, Fadhlina mengumumkan peruntukan RM100,000 khusus untuk menambah baik infrastruktur dan penyelenggaraan kemudahan demi keselesaan murid, guru serta warga sekolah.


Katanya, sekolah tersebut telah menunjukkan peningkatan prestasi akademik yang memberangsangkan sejak beberapa tahun lalu, namun masih berpotensi untuk terus dipertingkatkan.


"Saya mahu anak-anak di SMK Dr Burhanuddin untuk terus gigih berusaha bagi meningkatkan pencapaian akademik," ujarnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page