top of page

Bentang RUU Profesion Pekerja Sosial untuk penjagaan warga emas sempurna




Kerajaan Madani digesa untuk segera membentangkan Rang Undang - Undang (RUU) Profesion Pekerja Sosial untuk mewujudkan tahap penjagaan warga emas yang lebih sempurna di negara ini.


Hal itu dinyatakan oleh Setiausaha Wanita KEADILAN Pusat, Loh Ker Chean (gambar, tiga dari kanan) sempena Hari Warga Emas Sedunia, semalam


Menurut beliau, dengan wujudnya RUU khusus untuk warga emas maka ekosistem perkhidmatan sosial yang profesional boleh dimartabatkan, terpelihara, dan mendapat pengiktirafan secara sewajarnya dari kerajaan.


"Pengiktirafan kerjaya pekerja sosial adalah penting kerana ia merupakan salah satu syarat kritikal dalam merancakkan sektor ekonomi penjagaan (care economy) negara.


"Saya juga berharap agar RUU Warga Emas boleh dibentangkan di Parlimen seperti yang dijadualkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga Masyarakat, supaya hak-hak warga emas akan dipertahankan," katanya.


Beliau yang juga Penasihat Persatuan Warga Emas Bandar Sri Damansara berkata demikian selepas menghadiri Perayaan Kuih Bulan bersama anggota Persatuan Warga Emas Bandar Sri Damansara dan penduduk setempat petang semalam.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page