top of page

Bengkel SPM KITA BTR: Usaha belia-AMK ke arah kecemerlangan pendidikan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 1
  • 1 min read

Pelajar peserta bengkel SPM berfoto bersama tenaga pengajar
Pelajar peserta bengkel SPM berfoto bersama tenaga pengajar

Gerakan belia KITA BTR di Bandar Tun Razak terus mengukuhkan peranan mereka dalam pembangunan masyarakat apabila menganjurkan Bengkel SPM KITA BTR, sebuah program akademik berstruktur bagi membantu pelajar menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bakal bermula November ini.


Bengkel itu yang juga merupakan inisiatif Ketua Angkatan Muda KEADILAN Bandar Tun Razak, Wan Nur Aishah Ahmad Fazli disertai oleh 50 pelajar dari kawasan sekitar, dengan bimbingan tenaga pengajar berpengalaman, Sir Ven dan Sir Mus, dalam subjek Sejarah serta Matematik.


"Pendekatan pembelajaran yang disampaikan secara interaktif, fokus dan mesra pelajar bertujuan membina keyakinan serta meningkatkan tahap pencapaian akademik peserta," kata penganjur dalam kenyataan.


Program ini turut mendapat sokongan padu daripada komuniti setempat termasuk sukarelawan, ibu bapa dan pemimpin tempatan yang membantu dari segi pengurusan, logistik dan motivasi kepada pelajar.


Menurut kenyataan itu, bengkel ini bukan sekadar platform pembelajaran, malah simbol kerjasama erat antara belia dan masyarakat.


"KITA BTR yakin bahawa melalui sokongan berterusan dan pendekatan akar umbi, kejayaan pelajar bukan sekadar impian, tetapi satu kenyataan yang boleh dicapai bersama," tegas kenyataan itu.


Gerakan KITA BTR, yang memperjuangkan agenda pendidikan, sukan dan kebajikan, telah dilancarkan pada 31 Ogos 2025 oleh Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail, sebagai pengiktirafan kepada peranan aktif belia dalam membina masa depan komuniti.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page