top of page

Bengkel penerangan KEADILAN Johor bangkit semangat juang



Bengkel penerangan anjuran Biro Penerangan KEADILAN Johor dan Biro Penerangan Angkatan Muda (AMK) KEADILAN Johor baru-baru ini berhasil meningkatkan pengetahuan jentera akar umbi mengenai kaedah penerangan yang betul.


Menurut Ketua Penerangan AMK Johor, Omar Mokhtar, bengkel yang ditutup oleh Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor, Tuan Syed Ibrahim Syed Noh itu menitipkan gerak kerja penerangan yang berstrategi.


"Pengerusi MPN mengingatkan agar jentera penerangan perlu sentiasa memastikan integriti dijadikan keutamaan dalam menggerakkan strategi penerangan dan menyampaikan informasi kepada rakyat sebagaimana amalan yang sering KEADILAN praktikkan.


"Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini dari segi komitmen, sumbangan dana, masa, perkongsian modul serta terima kasih juga khusus kepada Jawatankuasa pelaksana bengkel.


"Jentera Penerangan MPN dan Penerangan AMK KEADILAN Negeri Johor akan melipat gandakan lagi usaha mengembalikan mandat rakyat," katanya dalam satu kenyataan.


Bengkel penerangan berkenaan dianjurkan pada 19 September lalu.



Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page