top of page

Bendung Budaya Ekstremisme, Keganasan di Malaysia



Oleh: Dr Mohd Fauzi Hj Fadzil


Budaya ekstremisme boleh dikaitkan ideologi yang menerima pendekatan keganasan demi mencapai matlamat melangkaui batas kewajaran dan bertentangan dengan nilai kemanusiaan, ideologi ini tidak terhad kepada bidang tertentu.


Pengamal ideologi ekstremisme menterjemahkan pegangan mereka melalui aktiviti radikal dan fanatik. Ekstremis yang mengamalkan pendekatan tersebut selalunya merasakan bahawa mereka berada pada landasan perjuangan yang benar, tujuan mereka yang dianggap benar ini membolehkan mereka melakukan pendekatan yang ganas.


Bertapak dalam bidang sukan


Tiada pihak yang menjangka bahawa ideologi ekstremisme boleh bertapak dalam bidang sukan di Malaysia, kejadian yang menimpa anggota Selangor FC iaitu Mohamad Faisal Abdul Halim sehingga menerima rawatan lecur tahap empat akibat disimbah asid membuktikan budaya ekstremisme telah jauh mengakar dalam kalangan masyarakat Malaysia.


Malah Akhyar Rashid yang merupakan anggota Terengganu FC telah disamun di Kuala Terengganu sehingga mengalami kecederaan, Safiq Rahim yang merupakan anggota Johor Darul Takzim pula berhadapan kejadian cermin keretanya dipecahkan dengan tukul besi oleh dua penyerang.


Pihak polis masih menjalankan siasatan berkenaan motif sebenar kejadian ini berlaku, namun penganalisis sukan iaitu Pekan Ramli tidak menolak motif budaya 'hooligan' atau keganasan dalam bola sepak terkait dengan kes yang berlaku. Kumpulan 'hooligan' yang terlalu menyayangi pasukan bola sepak masing-masing demi melihat pasukan mereka cemerlang menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2024/2025 sanggup melakukan tindakan di luar batas kewajaran.


Ekstremisme dalam politik


Budaya ekstremisme juga dapat dilihat dalam bidang politik sebelum ini apabila kenyataan oleh segelintir ahli politik yang tidak dipersetujui oleh sesetengah pihak telah mendapat tindakbalas secara radikal dan fanatik.


Kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Mohamad Sabu berkenaan Mat Indera, tragedi Bukit Kepong dan sejarah kemerdekaan telah mendapat tidakbalas oleh ekstremis dengan kediamannya dilempar bom petrol. Perkara sama turut dipercayai menimpa Datuk Ngeh Koo Ham apabila beliau mencadangkan pakar bukan Islam turut dilantik dalam Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi DUN Untuk Menggubal Undang-Undang Islam. Akibatnya terdapat ekstremis telah melontar 'molotov cocktail' sehingga menyebabkan kebakaran kenderaan milik Datuk Ngeh Koo Ham.


Budaya ekstremisme juga dilihat menular di Malaysia melibatkan hubungan kaum melalui insiden pemindahan tapak kuil Sri Maha Mariamman dan insiden pergaduhan di Plaza Low Yat sehingga menyarakkan pergaduhan melibatkan beberapa kumpulan lain di sekitar tempat yang sama.


Lakukan intevensi awal


Proses pencegahan budaya ekstremisme hanya boleh mencapai kejayaan melalui intevensi awal bagi menghalang golongan ekstremis daripada terus melakukan penjabaran radikalisasi dan pengkaderan, jumlah golongan ekstremis perlu dikecilkan dengan menghalang mereka daripada terus menyebarkan dakyah berbentuk ucapan kebencian.


Justeru tindakan pihak kerajaan yang cuba mengawal budaya ekstremisme melalui sekatan terhadap penyebaran berita palsu adalah suatu tindakan yang harus disokong. Penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Salawati Mat Basir berpendapat bahawa kerajaan tidak perlu beri muka kepada penyebar berita palsu, tangkap dan kenakan hukuman yang berat agar ia menjadi pengajaran kepada yang lain.


Kerajaan tidak boleh mengawal perkembangan platform teknologi media sosial kerana ia dianggap sebagai tindakan yang tidak progresif, namun kerajaan berhak mengawal penyebaran berita palsu yang boleh membawa kepada budaya ekstremisme melalui pengasingan penyebar dakyah tersebut daripada masyarakat terbesar di Malaysia.


________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Selangor

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page