top of page

'Bendera Putih tidak kenal batas kaum, agama, sempadan negeri'


Kempen menaikkan 'Bendera Putih' sekiranya individu atau keluarga terputus bekalan makanan masuk hari kelima.


Semakin banyak yang memohon pertolongan terutama di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat seperti Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


Menurut Pegawai Khas DUN Sentosa, Danish Hairudin, sepanjang beliau melakukan rondaan hampir setiap hari ada sahaja rakyat menaikkan bendera kerana terputus bekalan.


Katanya, Food Bank yang ditubuhkan oleh Ahli Dewan Negeri, Dr Gunaraj George bersama Pemuda N48 berusaha sedaya upaya untuk memenuhi keperluan keluarga yang memerlukan bantuan tersebut.


"Saya bersama team PeBS DUN Sentosa dan Pemuda N48 telah berjaya menggerakkan bantuan kepada 12 buah keluarga yang terputus bekalan makanan.


"Terima kasih kepada warga Sentosa yang bersama-sama membantu menyalurkan maklumat bendera putih dikibarkan.


"Bantuan makanan asas merupakan tanggungjawab rutin kami di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sentosa bagi memastikan tiada rakyat yang kelaparan," katanya kepada Suara Keadilan.


Menurut beliau, kempen bendera putih merupakan manifestasi rakyat yang telah letih akibat kegagalan kerajaan menguruskan krisis pandemik Covid-19


Menurut beliau, rakyat telah berkorban seluruh jiwa dan tenaga tetapi akhirnya semakin ramai mereka yang kehilangan pendapatan dan semakin sukar meneruskan kelangsungan hidup.


Beliau turut menceritakan pengalaman beberapa keluarga yang dibantu sejak seminggu lalu.


Katanya, ada sepasang warga emas yang punyai penyakit kronik tinggal berdua. Tanpa ditanya mereka meluahkan "pakcik ada anak sorang je tapi dia perempuan dan dah ikut suami"


Juga ibu tunggal bersama anak kecil yang baru kematian suami. Beliau dengan jujur berkata jirannya telah memberi bantuan sebaik sahaja bendera dinaikkan, cuma beliau perlukan susu dan lampin bayi sahaja


Tidak terlepas juga, kata Danish, pemohon yang inginkan bantuan tetapi berada di lokasi yang jauh dan bukan di negeri Selangor.


"Terdapat rakyat daripada luar kawasan yang menghubungi saya mohon bantuan kecemasan terputus bekalan makanan.


"Ada yang di Johor dan saya panjangkan kepada sahabat saya Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Johor, Omar Mokhtar. Di Banting saya telah panjangkan kepada sahabat saya Ketua AMK Kuala Langat untuk bantuan segera," katanya lagi.


Buat warga DUN Sentosa, Selangor yang melihat bendera putih maka bolehlah melakukan tiga langkah: Tangkap gambar, tuliskan alamat dan Whatsapp ke 010 819 4057.

0 comments

Recent Posts

See All

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page