Bendera putih pun takut, elok Mahiaddin berundur sahaja - Johari Abdul


Tindakan menaikkan bendera putih apabila individu atau keluarga terputus bekalan makanan meski pun telah terbukti keberkesanannya tetap masih ditentang keras oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN).


Terbaharu, PN menggunakan pula tokoh-tokoh agama Islam untuk mengeluarkan pendapat songsang dari segi hukum syarak melarang tindakan menaikkan bendera seolah-olah tidak menyedari Malaysia juga dihuni oleh rakyat yang bukan beragama Islam.


Bagi Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Kedah, Datuk Johari Abdul, sekiranya Perdana Menteri Mahiaddin Yassin dan kerajaan PN ketakutan hanya melihat bendera putih, adalah lebih baik mereka meletak jawatan dan menyerahkan kuasa kepada pihak lain yang lebih layak memerintah.


"Kerajaan PN takut dengan bayang-bayang mereka sendiri sehinggakan isu pemasangan bendera putih pun menjadi igauan ngeri


"Saya rasa cukuplah, berhentilah daripada memikirkan perkara yang bukan-bukan. Undurlah wahai Mahiaddin," katanya kepada Suara Keadilan.


Menurut Ahli Parlimen Sungai Petani itu lagi, sekiranya kerajaan PN merasakan semua yang dibuat oleh rakyat 'tidak kena' maka mereka sebenarnya telah terputus daripada denyut nadi rakyat dan tidak akan mampu memerintah dengan baik.


Bagi ustaz atau tokoh agama yang menentang ikhtiar rakyat pula, Johari mengingatkan, bahawa menaikkan bendera itu merupakan satu usaha meneruskan kehidupan di samping berdoa kepada Tuhan.


"Saya amat rasa tak selesa apabila setiap apa yang dibuat oleh rakyat itu dipandang negatif, seperti Nik Abduh dia pandang dengan mudah, suruh orang berdoa pada Tuhan saja. Apakah dia tak tahu berdoa satu hal, ikhtiar satu hal?


"Doa harus ikuti dengan ikhtiar...ikhtiar mereka ialah gantung bendera putih. Adakah kita andaikan mereka ini tidak berdoa? Ini tak betul," katanya.


Memperhalusi apa yang berlaku kini, Ketua Whip KEADILAN itu menegaskan bahawa kerajaan PN telah gagal total dalam mengendalikan kemelut yang dihadapi negara ketika ini, terutamanya dalam memastikan negara selamat daripada wabak pandemik Covid-19.


Untuk rekod, kempen kibar bendera putih yang dilaksanakan hari ini merupakan inisiatif rakyat bagi membantu golongan yang memerlukan.


Kempen ini dipercayai telah bermula apabila salah seorang pengguna media sosial bertindak menaikkan bendera putih di halaman rumahnya sebagai tanda meminta bantuan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
10,710
153
5778
Total
916,561
7019
784,949

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
491,381
8,692
392,980
Total
186,407,192
4,028,301
168,805,736

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER