Bendera PH dibakar: Kempen PRN kemuka idea, hala tuju, bukan provokasi
- Redzuan Shamsudin

- Jun 28
- 1 min read

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN N39 Tanjung Surat, Faizul Abdul Ghani mengecam tindakan membakar bendera PH di hadapan jalan masuk Gugusan FELDA Adela sambil menggesa semua pihak menghormati proses demokrasi sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Menurut beliau, insiden itu disedari sekitar jam 2 pagi tadi oleh Ketua Jentera Unit Logistik calon, yang menemui sehelai bendera PH dalam keadaan terbakar sebelum laporan dibuat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.
Faizul berkata, perbezaan fahaman politik tidak seharusnya diterjemahkan melalui tindakan provokasi, sabotaj atau perbuatan yang boleh mencemarkan budaya demokrasi.
"Saya ingin menegur pelaku yang melakukan perbuatan khianat seperti ini. Perbezaan fahaman politik tidak seharusnya diterjemahkan melalui tindakan provokasi, sabotaj atau perbuatan yang boleh menghakis budaya demokrasi matang," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau menegaskan PH menghormati hak semua pihak untuk berkempen, berbeza pandangan dan menyatakan pendirian politik masing-masing namun kebebasan itu perlu dilaksanakan secara berhemah, bertanggungjawab dan mematuhi undang-undang.
Faizul turut menyeru penyokong, petugas parti dan masyarakat setempat supaya bertenang serta tidak bertindak di luar batas undang-undang.
Beliau berkata, pilihanraya seharusnya menjadi medan untuk menawarkan idea dan hala tuju ke mana rakyat akan dibawa, bukannya dicemari perbuatan khianat.
"Kempen pilihanraya sepatutnya menjadi ruang untuk menawarkan idea, rekod kerja dan masa depan yang lebih baik kepada rakyat, bukannya dicemari dengan perbuatan khianat atau provokasi murahan," ujarnya lagi.
Sehubungan itu, beliau menyerahkan urusan lanjut berhubung kejadian berkenaan kepada SPR dan PDRM untuk menjalankan siasatan serta mengambil tindakan mengikut lunas undang-undang.




J'ai utilisé la plateforme pendant quelques mois pour évaluer sa stabilité technique. Le site fonctionne depuis 2013 sous licence du Gaming Control Board de Curaçao, avec une transition récente vers une licence d'Anjouan délivrée par les Comores, ce qui reste cohérent avec un cadre réglementé. L'interface en français fonctionne correctement sur casinoextramoncomptefr.com sans bugs notables. Le numéro de licence n'apparaît pas toujours publiquement, point à vérifier soi-même. Restez prudents et informez-vous avant tout engagement.