top of page

Benarkan keluar KWSP RM10,000 atau kerajaan bantu pekerja RM1,000 sebulan



Kerajaan Perikatan Nasional (PN) perlu menimbangkang untuk memberi bantuan sebanyak RM1,000 sebulan kepada pekerja yang hilang pekerjaan sekiranya terus enggan membenarkan mereka mengeluarkan RM10,000 daripada Akaun 1, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).


Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, jumlah RM10,000 tersebut sangat diperlukan untuk memulakan ikhtiar baharu bagi yang kehilangan pekerjaan.


"Kerajaan Malaysia sepatutnya benarkan pencarum KWSP keluarkan Akaun-1 mereka sehingga RM10,000 sekaligus.


"Jika tidak maka Kerajaan mesti beri bantuan sebanyak RM1,000 setiap bulan kepada semua pekerja warganegara yang hilang pekerjaan kerana pandemik Covid-19 sehingga mereka mendapat pekerjaan baru.


"Kerajaan sanggup berbuat demikian? Jika kerajaan tidak tidak mampu maka perlulah akur kepada tuntutan para pencarum.


"Benarkan mereka keluarkan duit tabungan mereka sendiri. Bukan keluarkan keseluruhannya tetapi setakat RM10,000. Mereka boleh memulakan ikhtiar baru meneruskan hidup dengan wang yang dikeluarkan itu.


"Kerajaan kena percaya kepada kebijaksanaan rakyatnya sendiri," kata Hassan dalam satu kenyataan.


Menurut Hassan lagi, para pencarum memilikki hak ke atas wang caruman dan tidak ada undang-undang KWSP yang melebihi hak-hak asasi yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.


"Para pencarum yang menuntut haknya itu memilih untuk terus hidup bukannya mati.


"Undang-undang yang mengawal selia operasi KWSP tidak boleh mengatasi Undang-Undang Dasar Negara iaitu Perlembagaan Persekutuan, di mana Perkara 13 menjamin hak rakyat terhadap harta dan wang ringgit mereka.


"Duit dalam tabungan KWSP itu adalah harta peribadi rakyat, bukannya rezab negara," kata Hassan lagi.


Dalam Belanjawan 2021 yang baharu dibentangkan kerajaan PN hanya bersetuju pengeluaran Akaun 1 KWSP sebanyak RM6,000, iaitu sebanyak RM500 sebulan bagi tempoh setahun.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page