top of page

Benarkan kedai jual makanan beroperasi selepas jam 8 malam



Penghadan operasi kedai menjual makanan dan minuman sehingga pukul 8.00 malam mendapat bantahan meluas rakyat.


Ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan Plus dalam satu kenyataan bersama turut menolak rasional menghadkan kedai berkenaan beroperasi sehingga pukul 8 malam memandangkan masih ada pelanggan yang pulang bekerja pada awal malam tidak boleh membeli makanan.


"Kami menggesa Kerajaan Perikatan Nasional membenarkan semua kedai makanan dan minuman beroperasi seperti yang tercatat dalam lesen perniagaan mereka dan tidak terhad sehingga 8 malam, memandangkan makan di kedai tidak dibenarkan dan penjualan makanan adalah secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran ke rumah.


"Masa operasi kedai makanan dan minuman seperti sekarang menyusahkan mereka yang perlu membeli makanan selepas tamat waktu bekerja.

"Membenarkan para peniaga beroperasi mengikut lesen perniagaan mereka akan membantu memulihkan ekonomi para peniaga, menjana pendapatan penghantar makanan serta menggalakkan rakyat duduk di rumah kerana mereka boleh membuat pesanan dari rumah dan tidak terhad sehingga 8 malam sahaja.


"Kami menggesa Majlis Keselamatan Negara (MKN) segera memperbaiki SOP ini kerana ia memberi kesan kepada para peniaga yang hanya bergantung kepada pendapatan harian mereka," kata mereka.


Selain itu, Ahli-ahli Parlimen PH Plus juga menggesa kerajaan melanjutkan moratorium pinjaman bank terutama kepada peniaga sekurang-kurangnya untuk tempoh enam bulan lagi.


"Berbanding semasa PKP fasa pertama, para peniaga mungkin lebih teruk terjejas kali ini kerana mereka terpaksa menanggung pembayaran sewa kedai dan gaji pekerja, tanpa adanya moratorium seperti sebelum ini," kata mereka lagi.


Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Darell Leiking (Ahli Parlimen Penampang), Syed Saddiq (Ahli Parlimen Muar), Mohd Azis Jamman (Ahli Parlimen Sepanggar), Hannah Yeoh (Ahli Parlimen Segambut), Yeo Bee Yin (Ahli Parlimen Bakri), Baru Bian (Ahli Parlimen Selangau), Sivarasa Rasiah (Ahli Parlimen Sungai Buloh), Salahuddin Ayub (Ahli Parlimen Pulai), Amiruddin Hamzah (Ahli Parlimen Kubang Pasu), Teo Nie Ching (Ahli Parlimen Kulai), Isnaraissah Munirah Majilis (Ahli Parlimen Kota Belud), Mahfuz Omar (Ahli Parlimen Pokok Sena), Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam), Dr Maszlee Malik (Ahli Parlimen Simpang Renggam), Maria Chin (Ahli Parlimen Petaling Jaya), Wong Shu Qi (Ahli Parlimen Kluang), Teresa Kok (Ahli Parlimen Seputeh), Dr Dzulkefly Ahmad (Ahli Parlimen Kuala Selangor), Dr Lee Boon Chye (Ahli Parlimen Gopeng), Kasthuriraani Patto (Ahli Parlimen Batu Kawan) dan Nor Azrina Surip @ Nurin Aina (Ahli Parlimen Merbok)



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page