top of page

Benarkan ibu bapa teman anak, elak insiden vaksin kosong


Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil meminta Kementerian Kesihatan supaya membenarkan anak ditemani ibu bapa ketika menerima suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).


Ini selepas beliau menerima aduan dari seorang bapa yang tidak dapat bersama anaknya ketika diberi suntikan vaksin.


"Kenapa sesetengah PPV Remaja benarkan ibu atau bapa ikut sampai ke bilik pemberian vaksin, tapi banyak juga PPV yang tak benarkan?


"Ingat kes “vaksin kosong” yang pernah berlaku sebelum ini, termasuk yang terbaharu beberapa hari lalu di PPV-R di Universiti Malaya?" soalnya.


Katanya, jika ibu bapa dibenarkan menemani anak mereka, isu vaksin kosong akan dapat ditangani dengan lebih baik.


"Dalam kes terbaharu ni, sebab mak itu ada di sebelah anak dan rakam video baru mereka tahu anak itu diberi “vaksin kosong”. Kalau mak itu tak video, budak tu takkan tahu!


"Ibu bapa mesti dibenarkan untuk berada bersama anak mereka (the children are minors after all) di tempat pemberian vaksin," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page