Benarkah Timbalan Menteri Wilayah sedang tinggal di New Zealand?


Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran menggesa Timbalan Menteri Wilayah, Edmund Santhara Kumar supaya tampil memberitahu sama ada beliau benar-benar tinggal di New Zealand, seperti yang didakwa Sarawak Report.


Beliau berkata, perkara itu membimbangkan jika ia berlaku kerana Edmund bukan sahaja mengabaikan kawasan Parlimennya, beliau juga mengabaikan tanggungjawabnya sebagai menteri.


"Kerajaan Perikatan Nasional (PN) kekurangan satu lagi MP? Dimanakah Timbalan Menteri Wilayah atau Ahli Parlimen Segamat pada hari ini? Adakah beliau telah meninggalkan karier politik beliau kerana tidak tahan dengan karena politik PN?


"Adakah anda seorang penjawat awam atau pengundi Segamat yang ingin bertemu dengan Ahli Parlimen anda? ataupun adakah anda penjawat awam yang ingin berjumpa dengan Timbalan Menteri Wilayah? Lupakan niat itu untuk sementara waktu.


"Sejak Krismas tahun 2020, ada sesiapa pernah berjumpa dengan Timbalan Menteri Wilayah Edmund Santhara? Dimanakah beliau? Sarawak Report mengatakan bahawa beliau sedang tinggal di New Zealand, adakah ini benar?


"Adakah kerana sebab ini beliau tidak menziarahi atau menyelesaikan masalah mangsa-mangsa kebakaran di Sentul Pasar sehingga hari ini? Adakah kerana ini beliau tidak menziarahi mangsa-mangsa banjir di Segamat pada bulan Januari lalu?


"Sarawak Report juga mendakwa beliau tinggal dengan selesa bersama keluarganya di New Zealand dan anak-anak beliau bersekolah disana. Apakah nasib anak-anak miskin yang memerlukan bantuan persekolahan di Segamat?


Justeru, Prabakaran meminta Edmund supaya meletakkan jawatan kerana gagal melaksanakan tanggungjawabnya sebagai ahli Parlimen dan menteri.


"Seorang Ahli Parlimen yang meninggalkan kawasan Parlimen mereka semasa rakyat sedang merana dari beberapa bencana seperti kebakaran, banjir dan pandemik Covid-19 harus meletakkan jawatan serta-merta. Lebih ramai lagi ahli politik dan pemimpin masyarakat yang lebih tekun dan rajin dalam menyelesaikan masalah rakyat," katanya.


Bukan itu sahaja, Prabakaran turut meminta Edmund supaya memulangkan segala gaji dan elaunnya.


"Edmund Santhara juga harus memulangkan gaji dan elaun yang beliau terima sejak 23hb Dec 2020 kepada rakyat, kerana wang yang diterima itu adalah wang rakyat, sekiranya berita Sarawak Report ini adalah benar.


"Sekiranya laporan Sarawak Report ini tidak benar, saya minta Timbalan Menteri Wilayah dapat memberi penjelasan secepat mungkin, jika sebaliknya beliau harus memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan beliau harus melepaskan semua jawatan kerajaan dengan serta merta," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
5304
64
8163
Total
657,508
3908
580,276

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
347,342
9,422
391,535
Total
176,420,883
3,811,183
158,674,643

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER