top of page

Belia wajar guna saluran tepat untuk nyatakan pandangan - Sivamalar

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 days ago
  • 2 min read

Oleh: Azuan Ab Rahman


Golongan muda diseru agar bersikap matang dan bertanggungjawab dalam menyuarakan pandangan terhadap kerajaan serta menghindari tindakan provokatif yang boleh mencetus ketegangan masyarakat.


Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Sivamalar Genapathy sebagai mengulas insiden sekumpulan peserta demonstrasi membakar karikatur Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu himpunan di Kota Kinabalu pada Ahad berkata, tindakan peserta itu adalah keterlaluan, tidak berbudaya dan mengugat keharmonian negara.


"Kita tidak menafikan hak belia untuk menyuarakan pendapat atau rasa tidak puas hati terhadap mana-mana dasar kerajaan. Namun, ia harus disalurkan melalui saluran yang betul, matang dan bertanggungjawab," tegasnya dalam satu kenyataan.


Tambah beliau, negara memerlukan barisan pelapis muda yang bukan sekadar vokal, tetapi juga memiliki kefahaman mendalam terhadap dasar dan menghormati institusi negara.


Justeru golongan beliau tegasnya perlu bijak menyatakan memilih platform yang sah, terbuka dan konstruktif untuk menyuarakan pandangan dan mengangkat potensi diri mereka.


"Saya berpeluang untuk menyaksikan secara dekat Sidang Belia Wilayah Persekutuan (SBWP) Mesyuarat Pertama Penggal 2025 yang berlangsung Jun lalu.


"Amat kagum melihat kematangan dan kecerdasan mereka dalam berbahas serta mengemukakan cadangan dasar yang bernas dalam isu ekonomi, sosial, teknologi, perundangan dan alam sekitar.


"SBWP bukan sekadar medan debat, tetapi mekanisme berstruktur yang membolehkan suara belia diterjemahkan kepada memorandum dan cadangan dasar," tambahnya.


SBWP merupakan platform inklusif yang membuka ruang kepada anak muda dari Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan untuk memahami secara langsung proses penggubalan dasar serta demokrasi berparlimen.


Seramai 65 orang wakil belia dari pelbagai latar belakang termasuk 3 orang pelajar tingkatan 6 telah menyertai program dianjurkan Jabatan Wilayah Persekutuan yang berlangsung dari 21 hingga 23 Jun lalu.


"SBWP adalah contoh bagaimana kita boleh menggalakkan politik matang yang boleh melahirkan pemimpin masa depan yang bertanggungjawab.


"Saya menyeru semua negeri untuk mempertimbangkan program seperti SBWP demi memperkasakan penyertaan belia dalam proses kenegaraan," kata Sivamalar dalam kenyataan tersebut.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page