top of page

Belia Malaysia Berdiri Teguh Bersama Perjuangan Rakyat Palestin



Oleh: Mohd Fauzi Fadzil


ULASAN: Majlis Belia Malaysia (MBM) menyatakan kekesalan terhadap kegagalan Persidangan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) untuk bertindak menyelesaikan konflik di Semenanjung Gaza.


Laporan terkini menyatakan bahawa tidak kurang 7,000 rakyat Palestin telah terkorban, jumlah tersebut akan terus meningkat akibat kegagalan UNSC menghentikan perbuatan terkutuk Zionis membedil orang awam yang tidak berdosa.


Pada masa sama bekalan elektrik dan internet telah dipotong serta bantuan makanan dihalang untuk disalurkan kepada rakyat di Gaza, perbuatan ini sengaja dilakukan oleh rejim Zionis apabila masyarakat dunia mulai sedar dan menyatakan sokongan serta simpati terhadap kesengsaraan rakyat Palestin.


Hentikan kekejaman di Palestin


Perdana Menteri (PM) Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) telah menyatakan bahawa Malaysia tidak peduli dengan keputusan UNSC yang gagal mencapai kata putus berhubung perang Israel-Palestin, malah Malaysia akan terus kekal dengan pendirian supaya kekejaman di Palestin mesti dihentikan selain bantuan kemanusiaan disalurkan segera.

Mohd Fauzi Fadzil

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pula telah menyahut pendirian PMX untuk menyatakan solidariti terhadap perjuangan dan kesengsaraan rakyat Palestin melalui penganjuran Minggu Solidariti Palestin yang bermula pada 29 Oktober hingga 3 November 2023.


Namun terdapat insiden terpencil di mana sebuah sekolah telah menganjurkan program solidariti untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin di luar waktu dan garis panduan yang ditetapkan oleh KPM. Sekolah berkenaan membenarkan pelajarnya bersolidariti dengan melibatkan replika senjata mainan.


Perbuatan tersebut telah mengundang tindakbalas negatif daripada sesetengah pihak yang menggesa KPM mengkaji semula kesesuaian program sedemikian di sekolah.


Henti polemik Minggu Solidariti Palestin


MBM mengambil pendirian untuk menyokong solidariti terhadap perjuangan dan kesengsaraan rakyat Palestine seperti yang dianjurkan oleh PMX, malah polemik penganjuran Minggu Solidariti Palestin oleh Kementerian Pendidikan (KPM) di sekolah harus dihentikan serta-merta.


Perbuatan pihak pentadbiran sekolah yang menganjurkan program solidariti yang tidak mengikut waktu dan garis panduan yang ditetapkan oleh KPM tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Siddiq.


Perbuatan sesetengah pihak yang menyemarakkan polemik Minggu Solidariti Palestin telah mengalihkan perhatian masyarakat terhadap isu sebenar iaitu solidariti terhadap kesengsaraan dan perjuangan rakyat Palestin.


Niat murni KPM semenjak awal lagi adalah untuk mengetengahkan isu dan nilai kemanusiaan sejagat. KPM juga mengambil tanggungjawab mewujudkan garis panduan program Minggu Solidariti Palestin secara terperinci menerusi pekeliling bertarikh 21 Oktober 2023 (tidak dibenarkan bakar atau pijak bendera, tidak dibenarkan membawa logo militan atau keganasan di sekolah).


Seharusnya rakyat Malaysia menyokong usaha KPM yang mahu mewujudkan advokasi melalui program Minggu Solidariti Palestin supaya maklumat yang diterima pelajar tidak diselitkan dengan usur militan atau subversif di luar pagar sekolah.


Kita harus meyakini bahawa KPM sama sekali tidak bermaksud mengheret pelajar ke arah konflik keganasan, tetapi mahu memberi kesedaran kepada pelajar sekolah.


________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Timbalan Pengerusi Biro Pendidikan Majlis Belia Malaysia (MBM)

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page