top of page

Belia diseru manfaatkan ilmu untuk masyarakat

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
1 hour ago
1 min read

Golongan belia di negara ini diseru terus memperkasa ilmu dan kemahiran demi memberi manfaat serta menyumbang kepada masyarakat.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr. Zulkifli Hassan (gambar) berkata, belia juga perlu meningkatkan keupayaan kepimpinan sebagai persediaan mendepani cabaran masa depan.

"Jangan lupa, ilmu yang telah kita peroleh perlu dimanfaatkan dengan berkongsi dan menyebarkannya bagi memberikan pencerahan kepada masyarakat, rakan-rakan serta keluarga.


"Jadi, kita berharap a segala pengetahuan dan jaringan yang diperoleh bukan sahaja untuk meningkatkan keupayaan diri, tetapi juga membantu masyarakat di sekeliling mereka," katanya dipetik laporan media.


Beliau berkata begitu pada program Himpunan Pondok Kepimpinan 2026 (HIMPON’26) di Putrajaya pada Ahad.


Bertemakan ‘Harapan Menuju Malaysia 100 Tahun’, program berkenaan menghimpunkan hampir 500 peserta .


Ia juga merupakan kemuncak program Pondok Kepimpinan yang sebelum ini merekodkan lebih 1,400 penyertaan mahasiswa daripada lebih 30 institusi pengajian tinggi.


Sementara itu menurut Dr Zulkifli, antara aspirasi diketengahkan pada program itu termasuk pembentukan Malaysia yang makmur, berdaya saing, menawarkan peluang yang saksama serta kekal teguh sebagai sebuah masyarakat meskipun berdepan kepelbagaian.


Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atas peruntukan yang disalurkan bagi memastikan kelancaran pelaksanaan program berkenaan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page