Naib Presiden KEADILAN, Dr Michael Teo mendakwa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri terpaksa membeli bekalan vaksin melalui ejen syarikat vaksin, bukannya antara kerajaan dan kerajaan.
Beliau berkata, kerajaan mahukan lebih banyak bekalan vaksin namun memerlukan dana yang lebih kerana ejen meletakkan harga yang lebih tinggi berbanding harga asal.
"Ada kerajaan yang kena beli dari ejen dengan harga lebih mahal berbanding beli terus dari kerajaan negara lain. Itu satu kesalahan jenayah.
"Siapa yang nak kena beli dengan harga mahal, macam Sarawak, Selangor dan Pulau Pinang dihalang dari dibeli pengeluar vaksin sebaliknya kena lalu ejen
"Ejen ini akan naikkan harga dari harga asal, ini satu kesalahan. Saya harap perkara ini disiasat kerana kita dalam situasi panik, orang ramai yang mati, tapi ada orang yang hanya fikir nak jadi kaya ketika ini," katanya.
Comentarios