top of page

Beli aset pertahanan: Menteri Kewangan perlu beri penjelasan pendedahan Zaharin Yasin



Pendedahan aktivis media sosial yang juga veteran Umno, Datuk Zaharin Mohd Yasin berhubung dakwaan pemerolehan aset pertahanan negara perlu dijelaskan oleh Kerajaan BN - PN pada kadar segera.


Menurut Ketua Penerangan KEADILAN, Fahmi Fadzil, pendedahan tersebut yang dimuatnaik di Facebook Zaharin sejak semalam mengejutkan rakyat yang masih terasa bahang penyelewengan skandal pembinaan kapal tempur pesisir (LSC) Tentera Laut Diraja Malaysia membabitkan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Menteri Pertahanan pada 2011.


"Menteri Kewangan merangkap Bendahari Umno Selangor Tengku Zafrul wajib beri penjelasan.


"Dakwaan RM854 juta rundingan terus, pada ketika kita menyelongkar pelbagai masalah dan karenah dalam skandal kapal LCS yang juga dirunding terus, amat membimbangkan.


"Jika isu-isu yang didakwa Datuk Zaharin ini ada kebenaran, sebagai seorang Ahli Parlimen saya teramat risau," kata Fahmi.


Semalam, Zaharin memuatnaik di Facebook beliau dakwaan kontrak pembelian meriam tempur yang meragukan dan tidak melalui tender terbuka.


Zaharin dalam pendedahan itu mahu penjelasan lanjut daripada Menteri dan Kerajaan Malaysia.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page