top of page

Belanjawan Selangor: Geran Usahawan Mikro tingkatkan jualan



Kerajaan Negeri berusaha untuk meningkatkan pencapaian usahawan Selangor, termasuk yang terjejas akibat Covid 19 dengan memperkenalkan Geran Dana Usahawan Mikro Selangor (DUMS) bagi membantu peniaga kecil meningkatkan hasil jualan mereka.


Menurut Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari, untuk tujuan itu Belanjawan 2022 memperuntuk dana sejumlah RM2 juta.


"Bantuan khas ini diberikan kepada usahawan mikro melalui sembilan daerah. Ia dilihat mampu melahirkan peniaga berdaya tahan.


"Setiap pemohon yang menepati syarat dan kelayakan yang ditetapkan dipertimbang untuk menerima bantuan sehingga RM30,000,” katanya.


Selain itu, Kerajaan Negeri juga memperuntukkan dana bantuan perniagaan skim Hijrah Selangor dengan RM120 juta pembiayaan kepada usahawan, RM52 juta pembiayaan usahawan tani. Maksimum RM26,000 seorang.


Kerajaan Negeri juga memperkenalkan dana untuk usahawan India berjumlah RM1.246 juta bagi bantuan peralatan perniagaan.


Manakala galakan bagi gig ekonomi sektor penghantar makanan atau barangan pula diperuntukkan RM2 juta, khusus Subsidi lesen motor, kursus dan caruman Socso.


Tambah Amirudin, Kerajaan Negeri juga memperkenalkan semula khairat kematian dengan nilai sumbangan RM500 dan RM100 baucar membeli belah kepada warga usia emas.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page