top of page

Belanjawan Selangor 2026: Rancang perluas jaringan pengangkutan - Exco

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 4 minutes ago
  • 1 min read
ree

Kerajaan Negeri Selangor bakal memperluas jaringan pengangkutan termasuk memastikan keselamatan para pengguna, terutamanya pejalan kaki.


Menurut Exco Mobiliti negeri, Ng Sze Han (gambar) sebagai mengulas pembentangan Belanjawan Selangor 2026 berkata, Kerajaan Negeri bukan sahaja komited menyediakan kemudahan seperti Bas Smart Selangor dan van transit atas permintaan (DRT), tetapi turut menumpukan keterhubungan di kawasan komersial.


"Saya harap terima peruntukan mencukupi. Bukan hanya sekadar untuk membekalkan perkhidmatan bas, DRT tetapi menyedia lebih banyak lagi laluan kerana inisiatif ini mendapat sambutan menggalakkan.


"Kita mahu bina jaringan lebih besar. Contohnya menghubungkan setiap lokasi. Pejalan kaki juga diutamakan dan akan tingkatkan keselamatan mereka. Harap peruntukan tahun depan mampu bangunkan sektor mobiliti," katanya dipetik.


Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari dijadualkan membentangkan Belanjawan Selangor 2026 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Jumaat ini.


Kerajaan Negeri memperuntuk RM20 juta menerusi Belanjawan tahun lalu untuk mengoptimumkan perkhidmatan Bas Smart Selangor dan van DRT, termasuk penambahan zon baharu dan pelaksanaan konsep lebih meluas.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page