top of page

Belanjawan Selangor 2023 hadapi kemelesetan global, mesra rakyat - Juwairiya

Updated: Nov 29, 2022



Belanjawan Negeri Selangor 2023 yang dibentangkan pada 25 November lalu selain direka bagi mendepani kemelesetan ekonomi global pada tahun hadapan juga dipastikan agar mesra rakyat.


Menurut Ahli Dewan Negeri Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli, belanjawan tersebut telah memperuntukkan secara keseluruhan RM2.45 bilion sebagai persediaan negeri untuk menghadapi kelembapan ekonomi dalam negara.


Selain itu, katanya, belanjawan juga direka bagi memperbaiki keadaan masyarakat sedang beransur ansur pulih daripada gugatan ekonomi akibat wabak Covid 19.


"Saya menyambut baik Belanjawan 2023 ini yang mengambil langkah memastikan semua segmen masyarakat diambil kira setelah negara mendepani cabaran krisis kesihatan dunia. #KitaSelangor merupakan satu frasa yang diperkenalkan dengan menekankan kepentingan kolektif, kekitaan, rahmah dan juga ehsan.


"Melalui Teras 2 Membudaya Perpaduan dan Masyarakat Penyayang, banyak inisiatif keluarga termasuk kanak-kanak dan ibu tunggal diperkenalkan antaranya peruntukan sebanyak RM336 ribu bagi insentif pembangunan ekonomi ibu tunggal serta kuota khas pembelian perumahan mampu milik, Rumah Selangorku untuk ibu tunggal," katanya dalam satu kenyataan.


Dalam belanjawan itu juga, kata Juwairiya, Kerajaan Negeri mengambil berat mengenai kanak kanak dan diperuntukkan sebanyak RM4 juta melalui Yayasan Insan Istimewa Selangor (YANIS), Kad Iltizam Anak Selangor (Kad ANIS) serta bantuan khas anak istimewa Selangor (Bantuan Khas ANIS).


Bantuan berkenaan, katanya melibatkan pendaftaran taska one-off, program asuh pintar dan subsidi yuran pendidikan di Pusat Early Intervention Program (EIP).


"Ini jelas membuktikan komitmen untuk terus membangun potensi serta menyediakan sistem sokongan kepada setiap anak-anak istimewa di Negeri Selangor.


"Kerajaan Negeri Selangor juga memperuntukkan sebanyak RM200 ribu bagi kempen kebersihan menstruasi. Ini respon kepada isu kemiskinan haid yang semakin meruncing akibat ketiadaan akses asas seperti tuala wanita yang banyak menjejaskan komuniti marginal dan kanak-kanak perempuan. Menangani kemiskinan haid ini juga dapat mengatasi isu keciciran pelajar di sekolah," katanya.


Manakala bagi sektor kesihatan awam, ujar Timbalan Ketua Wanita KEADILAN itu, peruntukan sebanyak RM65.5 juta diberikan menerusi Program Iltizam Selangor Sihat (ISS), yang akan memberi manfaat kepada 150,000 keluarga. Iaitu pemegang ISS layak mendapatkan rawatan asas dan vaksinasi di mana-mana klinik panel di seluruh negeri Selangor.


"Secara keseluruhan, saya melihat bahawa Belanjawan Negeri Selangor 2023 merupakan belanjawan yang mesra rakyat dan keluarga," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page