top of page

Belanjawan Selangor 2021 berjaya turunkan defisit



Belanjawan Selangor 2021 berjaya mencatat defisit RM10 juta lebih kecil berbanding belanjawan tahun 2020.


Defisit bagi 2021 dijangka sebanyak RM123 juta dan Kerajaan Negeri menjangka memperoleh hasil berjumlah RM2.2 bilion manakala anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.3 bilion


Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata demikian dalam sesi pembentangan belanjawan negeri petang ini di Dewan Negeri Selangor


“Kerajaan Negeri masih mengekalkan momentum kedudukan kewangan negeri yang kukuh dan terus berdaya tahan demi manfaat rakyat, komuniti perniagaan dan pembangunan ekonomi.


“Justeru, Kerajaan Negeri mencadangkan anggaran perbelanjaan berjumlah RM2.323 bilion bagi Belanjawan Selangor 2021,” katanya menerusi pembentangan bertema Melakar Realiti Baharu: Memperkasa Ekonomi Bermaruah Paksi Kecekalan Rakyat.


Menurut Amirudin lagi, Kerajaan Negeri berjaya mengurangkan defisit sejak tiga belanjawan lalu kepada jumlah yang lebih kecil menerusi usaha perbelanjaan berhemah, budaya kerja cekap dan berintegriti.


Menurut MB lagi jumlah hasil pendapatan pada 2021 dianggarkan sebanyak RM2.2 bilion. Penyumbang utama adalah premium tanah sebanyak RM1.03 bilion (46.98 peratus), kedua hasil cukai tanah RM545.84 (24.81 peratus) dan pemberian wajib Persekutuan sebanyak RM206.85 juta (9.40 peratus)


Manakala anggaran Perbelanjaan pula sebanyak RM2.323 bilion. Iaitu perbelanjaan mengurus RM1.220 bilion (53 peratus), emolumen RM439.96 juta, Perkhidmatan dan bekalan RM520.43 juta, Aset RM4.80 juta, Pemberian dan kenaan bayaran tetap RM203.51 juta dan Perbelanjaan-perbelanjaan lain sebanyak RM51.30 juta


Perbelanjaan pembangunan ditetapkan hampir sama banyak dengan perbelanjaan pembangunan, iaitu RM1.103 bilion (47 peratus). Pecahannya, pembangunan infrastruktur RM337.3 juta, pembangunan ekonomi RM279.7 juta dan pembangunan sosial RM299.9 juta

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page