top of page

Belanjawan Selangor 2021 berjaya, Belanjawan 2022 pulihkan kekuatan ekonomi negeri



Kerajaan Negeri Selangor berjaya menempuh kemuraman ekonomi dan pandemik Covid 19 pada 2021 dengan belanjawan yang direka khusus untuk menangani wabak.


Menurut Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, Belanjawan 2022 yang akan dibentang esok pula akan ditumpukan kepada usaha menangkis kesan-kesan pandemik ke atas ekonomi dan rakyat.


"Iklim ekonomi sangat mencabar tahun ini, memerlukan pakej rangsangan untuk menangkis kesan-kesan pandemik Covid-19


"Selain Belanjawan Selangor 2021 bernilai RM2.323 bilion, (terdapat juga) RM75.877 juta diperuntukkan untuk Pakej Kita Selangor dan RM551.56 juta untuk Pakej Kita Selangor 2.0," katanya dalam hantaran di Twitter, semalam.


Dalam hantaran sama juga beliau menjelaskan di sebalik krisis kesihatan global, Belanjawan Selangor 2021 telah berjaya menyeimbangkan keperluan 3 perkara utama iaitu Rakyat, Komuniti Perniagaan dan Pembangunan Ekonomi Negeri.


Katanya, melalui 5 strategi utama Selangor yang dikepalai oleh agenda digitalisasi, Kerajaan Negeri telah meminimakan kesan teruk pandemik Covid-19 yang terbukti dengan kutipan hasil mencecah RM2 bilion setakat ini.


"Melalui Pakej Kita Selangor dan Pakej Kita Selangor 2.0 yang selain bertujuan untuk menampan dampak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), juga (kerajaan Negeri) telah memperkenalkan Program Vaksin Selangor (SelVAX) dalam meningkatkan kadar vaksinasi Covid-19 warga Selangor.


"Strategi ini bukan sahaja mengurangkan beban hospital, malah meningkatkan aktiviti ekonomi dan keyakinan pelabur," katanya.


Tambah Amirudin, keberkesanan refleksi ekonomi yang ditonjolkan sepanjang tahun 2021 adalah bayangan kestabilan dan kecekalan Kerajaan Negeri untuk berkhidmat demi rakyat Selangor.


Untuk pemulihan ekonomi seterusnya, kata beliau, Kerajaan Negeri akan terus memastikan kesinambungan kejayaan 2021 dilanjutkan dalam Belanjawan Selangor 2022 pula.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page