top of page

Belanjawan Selangor 2021: 10 tahun evolusi pemberdayaan wanita



Belanjawan Selangor 2021 yang dibentangkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari semalam sekali lagi memberi peruntukan besar kepada program pemberdayaan wanita.


Menurut Ketua Wanita KEADILAN Selangor, Rodziah Ismail, peruntukan besar kepada sektor pemberdayaan wanita merupakan pengiktirafan kerajaan Pakatan Harapan kepada golongan tersebut di Selangor.


"Saya masih ingat semasa tahun 2008, bila pertama kali Selangor ditadbir oleh kerajaan Pakatan dan saya diamanahkan Jawatan Exco Wanita Selangor, sebelum itu Kerajaan Barisan Nasional Selangor hanya memperuntukkan sekitar RM100,000 untuk pembangunan wanita.


"Setelah dasar mereformasikan peranan Wanita di Selangor, maka hari ni belanjawan wanita, keluarga dan kebajikan masyarakat adalah RM71.3 juta.


"Saya ingin mengambil peluang untuk menebar apresiasi kepada seluruh lapisan masyarakat sivil, aktivis politik, serta penjawat awam yang telah berkhidmat dengan sepenuh jiwa untuk pembangunan negeri Selangor. Bahkan dengan pelbagai reaksi,respon dan komen daripada segenap peringkat inilah, kita mampu untuk menghasilkan sebuah rencana yang segar dan progresif.


"Hanya dengan tekad politik dan azam baktilah kita dapat memastikan evolusi belanjawan (buat wanita) yang lebih harmoni. Fasa seterusnya perlu dijayakan dalam memastikan rakyat terbanyak menerima manfaat," katanya dalam satu kenyataan.


Sehubungan itu, Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN itu juga mengharapkan golongan wanita Selangor akan lebih terbela kebajikan mereka serta lebih berdaya saing menghadapi kemelut ekonomi dan situasi pasca pandemik Covid 19 selepas ini.


"Sebagai salah seorang Ahli Majlis Kerajaan Negeri (Exco), saya yakin dan percaya wanita di Selangor antara penerima manfaat terbesar dari segenap input belanjawan.


"Secara dasarnya, dalam mendepani kemelut pandemik dan politik, polisi nan mesra rakyat pasti didambakan," katanya lagi.


Rodziah yang juga ADUN Batu Tiga turut merakamkan sekalung penghargaan kepada Menteri Besar yang telah mengumumkan Belanjawan Selangor 2021.


Belanjawan yang secara jelas meletakkan tapak yang kukuh dalam merealisasikan misi dan visi memantapkan kepimpinan Pakatan Harapan negeri.

0 comments

Recent Posts

See All

留言


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page