top of page

Belanjawan Selango: Peruntukan RM3 bilion isyarat Selangor serius pacu ekonomi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 days ago
  • 1 min read

ree

Peruntukan lebih RM3 bilion dalam Belanjawan Selangor 2026 mencerminkan keyakinan kerajaan negeri untuk merancakkan pelaburan dan meneroka sektor berimpak tinggi.


Ahli Dewan Negeri (ADN) Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri (gambar) berkata, jumlah itu membuktikan Selangor kekal kukuh serta mampu mengekalkan keyakinan pelabur melalui disiplin kewangan yang bertanggungjawab.


"Kekuatan kewangan Selangor terserlah bukan sahaja melalui kutipan hasil, tetapi juga kemampuan mengekalkan kestabilan fiskal secara konsisten.


"Kepimpinan Datuk Seri Amirudin Shari jelas berada pada landasan tepat dalam mengurus sumber negeri dengan integriti dan kecekapan," katanya dipetik membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2026 di Dewan Negeri Selangor (DNS) pada Isnin.


Azmizam yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Selangor sementara itu berkata, sektor perindustrian, logistik dan perdagangan perlu terus dipacu bagi memastikan Selangor kekal sebagai negeri termaju dan berdaya tahan.


Perkembangan sektor strategik itu, katanya, menjadi indikator penting kepada keupayaan negeri mengekalkan pertumbuhan hasil secara stabil dan mampan.


"Tatakelola kewangan yang telus dan pengurusan yang cekap perlu terus menjadi asas kestabilan kewangan negeri. Saya juga berharap negeri kekal disiplin dalam mengurus hasil dan perbelanjaan kewangan," tambahnya.


Belanjawan Selangor 2026 memperuntukkan RM3.23 bilion, merangkumi RM1.86 bilion bagi pengurusan dan RM1.37 bilion bagi pembangunan.


Kerajaan Negeri juga mengunjurkan kutipan hasil RM2.8 bilion, dengan premium tanah (RM1.02 bilion) sebagai penyumbang terbesar, diikuti cukai tanah (RM691.27 juta) dan pemberian Kerajaan Persekutuan (RM263.16 juta).

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page