top of page

Belanjawan RM2.45 bilion Selangor fokus hadapi kelembapan ekonomi 2023



Kerajaan Selangor hari ini membentangkan Belanjawan 2023 dengan fokus menangkis kelembapan ekonomi yang dijangka akan berlaku pada tahun hadapan.


Menteri Besar Datuk Seri Amiridin Shari yang membentangkan belanjawan itu berkata jumlah peruntukan kali ini lebih besar berbanding Belanjawan 2022 yang berjumlah RM2.34 bilion.


"Bagi tahun 2023, Kerajaan Negeri menganggarkan hasil yang boleh dikutip berjumlah RM2 bilion.


"Antara penyumbang utama kepada hasil negeri tahun 2023 adalah premium tanah sebanyak RM753.72 juta bersamaan 38 peratus daripada anggaran hasil keseluruhan," katanya.


"Belanjawan yang dibentangkan di Dewan Negeri itu memperuntukkan RM1.25 bilion atau 51 peratus diperuntuk bagi perbelanjaan mengurus dan 1.2 bilion lagi untuk pembangunan," katanya.


Belanjawan kali ini mengalami defisit RM450 juta.


Kata MB defisit itu lebih tinggi berbanding tahun lalu bagi persediaan pengurusan bencana akibat perubahan iklim dan peruntukan pembangunan substantif untuk pembangunan negeri.


"Walaupun melaksana belanjawan defisit sejak lima belanjawan lalu, Kerajaan Negeri sentiasa berjaya mengurangkan jumlah defisit kepada satu jumlah yang munasabah menerusi instrumen kawalan perbelanjaan serta amalan prinsip tadbir urus kewangan yang baik," katanya.


Perkara utama yang difokuskan dalam belanjawan kali ini bertema #KitaSelangor: Melonjak Kemajuan, Mengerat Perpaduan, Menjayakan Harapan adalah:


  • Mengukuhkan pertumbuhan ekonomi

  • Membudaya perpaduan dan masyarakat penyayang

  • Pendidikan dan pembangunan generasi masa depan

  • Kehidupan lestari dan sejahtera

  • Tadbir urus cekap dan bertanggungjawab


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page