Belanjawan pendidikan kalau tidak disakau Malaysia setaraf Singapura - Dr Maszlee



Kualiti pendidikan sekolah rendah dan menengah masih ketinggalan zaman bukan kerana kerajaan tidak mempunyai dana untuk memberi peruntukan secukupnya, namun kerana berlaku penyelewengan dalam pengagihan peruntukan sejak berdekad dekad lalu.


Hal itu didedahkan oleh mantan Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik dalam Jelajah Mega HARAPAN 2022 di Batu Pahat, Johor malam tadi.


"Di zaman Umno BN Kementerian Pendidikan terima belanjawan besar. Sepatutnya anak kita setaraf dengan pelajar Singapura. Sekarang kalau sebut peringkat antarabangsa tentang pendidikan orang akan lihat Singapura, Finland, Jepun.


"Bila sebut matematik, sains Singapura ke hadapan. Walhal kalau dibandingkan dengan Malaysia, peruntukan (belanjawan) yang diberikan kepada pendidikan setiap tahun terbesar. Logiknya 60 tahun merdeka sepatutnya kita telah setaraf Singapura,


"Bila saya masuk dalam kementerian, saya dapati bilion bilion (peruntukan) itu tidak sampai (ke bawah) sepenuhnya. Yang banyaknya disakau oleh Menteri yang masuk ke situ," katanya.


Beliau juga menceritakan pengalaman pelik sewaktu melakukan lawatan kerja ke beberapa sekolah di Sarawak.


Katanya, terdapat sekolah yang berdekatan dengan talian elektrik tetapi elektrik tidak dibekalkan ke sekolah. Sebaliknya sekolah tersebut masih menggunakan generator untuk memastikan pemimpin BN mendapat laba daripada projek elektrik sekolah luar bandar


"Kita pergi ke sekolah tersebut di depan sekolah ada tiang elektrik tetapi sekolah tak ada elektrik. Saya tanya kenapa tidak ditarik wayar?


"Tetapi kalau ditarik wayar, nanti Rosmah nak dapat apa? Pimpinan Umno nak dapat apa? Kroni nak dapat apa? Jadi Umno terkenal menghasilkan projek ratusan juta untuk mengkayakan menteri, kroni dan sebagainya," katanya.


Beliau kesal dengan penyelewengan yang terjadi sehingga isteri bekas Perdana Menteri, Rosmah Mansur sanggup meminta komisyen RM180 juta untuk projek generator solar - diesel di Sarawak.


Korupsi seperti itu, katanya menyebabkan banyak peruntukan tidak sampai ke sasaran.


"Ada orang kata Rosmah ni kenapa kena denda RM900 juta, kesian dia. Dah la suami masuk penjara. Anak rindukan bapanya. Tiba tiba emaknya dihukum bersalah. Memang mak kamu bersalah kerana isu solar saya yang bawa ke SPRM masa saya jadi Menteri Pendidikan, di mana duit kita disakau ratusan juta demi untuk mengayakan juak pemimpin Umno.


"Kita tak terbayang sekolah tak ada elektrik. Tetapi sekolah di Sarawak, Sabah ada yang tak ada elektrik. Ketika saya di Kementerian Pendidikan, dihadapkan 800 muka laporan projek solar yang berlaku ketirisan. Saya pergi ke Sarawak sekolah terlibat yang tak ada elektrik guna generator. Mereka kemukakan generator diesel dan solar.


"RM1.3 bilion (peruntukan projek solar) ini kalau guna betul betul bukan sahaja sekolah Sarawak ada elekrtik, mereka juga ada smartboard untuk belajar. Internet boleh dipasang. Tetapi itu tidak berlaku kerana RM1.3 bilion tidak semua pergi ke projek," katanya.


Ketua Cabang KEADILAN Simpang Renggam itu mengingatkan rakyat agar melakukan perubahan pada Pilihan Raya Umum ke 15 kerana telah terbukti pemimpin BN hanya pentingkan diri.


Katanya, dalam keadaan ekonomi merudum, nilai ringgit jatuh sepatutnya kerajaan mencari jalan memperbaiki keadaan bukannya sibuk untuk mengadakan pilihan raya.


"Sepatutnya kerajaan fikirkan mekanisme nak pulihkan duit kita. Ini tidak, mereka fikir nak pilihan raya


"Kalau harga barang naik, gaji naik tak? Belanjawan baru ni naik gaji tak? Kalau gaji tak naik, barang naik, cukup tak duit kita nak beli barang? Tak cukup, patut kerajaan bertanggungjawab fikir cara naikkan gaji, turunkan harga barang.


"Ini bukan dalam pemikiran Umno BN. Yang mereka fikirkan, Zahid yang cakap perlu PRU bukan untuk bantu rakyat, tetapi dia sebut satu satu untuk lepas diri dia dari mahkamah, lepas rakan rakan dia. Maksudnya mereka perlukan PRU lepaskan kes mahkamah.


"Mereka nak kerajaan stabil bukan untuk kawal harga barang, pendidikan anak kita, tetapi stabil untuk sakau lebih banyak lagi," kata Dr Maszlee.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER