top of page

Belanjawan Negeri Sembilan tawar 52 inisiatif bantu rakyat



Belanjawan Negeri Sembilan 2022 yang dibentangkan semalam menawarkan 52 inisiatif berjumlah RM64.09 juta kepada rakyat.


Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, belanjawan itu menggariskan tiga strategi yang akan direalisasi melalui 52 inisiatif merangkumi 40 inisiatif sedia ada dan 12 inisiatif baharu dengan memfokuskan kepada lapan bidang tumpuan iaitu Ekonomi Rakyat, Pendidikan, Kebajikan, Pemerkasaan Komuniti, Belia dan Wanita, Kerohanian dan Agama, Institusi Adat dan Pentadbiran.


"Kerajaan Negeri telah menyusun perancangan untuk tahun hadapan melalui Belanjawan 2022.


"Diharapkan semua rakyat negeri ini mengambil peluang atas tawaran dan inisiatif yang telah dirancang.


"Semua agensi dan jabatan kerajaan akan menjadi pemudah cara dan membantu rakyat untuk mendapatkan tawaran dan inisiatif yang telah disediakan,” katanya dalam pembentangan di DUN Negeri Sembilan.


Belanjawan itu melibatkan 8 teras utama. Dalam inisiatif Ekonomi Rakyat kerajaan memberi tumpuan kepada fasa pemulihan Covid 19 dan kembali menjana pendapatan rakyat melalui perniagaan kecil dan sederhana. Sebanyak RM15.70 juta diperuntukkan dengan pelaksanaan 12 inisiatif.


Dalam bidang pendidikan Kerajaan Negeri memperuntukkan RM8.5 juta di bawah bidang keutamaan dengan pelaksanaan 7 inisiatif.


Bidang kebajikan diperuntukkan sebanyak RM3.68 juta bagi penyediaan bantuan sektoral dari segi kesihatan dan keperluan am serta memberikan perlindungan insurans.


Pemerkasaan komuniti pula diberi peruntukan RM21.68 juta bagi menggiatkan aktiviti komuniti dengan program berasaskan masyarakat dengan 11 inisiatif seperti Desa Muafakat NS, Program Rumah Harapan Rakyat, penyelenggaraan perumahan awam dan swasta, geran kepada Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan (MC), bas percuma, pelaksanaan bas luar bandar, Wi-Fi komuniti percuma, geran aktiviti Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan belia MPKK serta ERAT@NS.


Manakala RM5.11 juta diperuntukkan menerusi program dan aktiviti pembangunan serta kebajikan para belia dan wanita melalui pemberian geran dan bantuan.


Tidak lupa aktiviti memperkasa syiar Islam bagi melahirkan khaira ummah dengan peruntukan RM5.32 juta.


Kerajaan Negeri juga komited untuk memartabatkan keunikan adat dan keistimewaan budaya tradisi dengan bajet RM2.5 juta bagi pelaksanaan pelbagai program adat serta pemuliharaan bangunan dan rumah warisan.


Juga bagi menambah baik kualiti dan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat, sebanyak RM1.6 juta diperuntukkan untuk meluaskan pelaksanaan agenda tadbir urus digital


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page