top of page

Belanjawan Negeri sembilan dilulus sebulat suara



Kerjasama yang terbentuk dalam Kerajaan Perpaduan di peringkat Kerajaan Persekutuan memudahkan kelulusan Belanjawan Negeri Sembilan 2023.


Belanjawan bertemakan ‘Melunas Janji Menggalas Harapan’ dengan peruntukan RM550 juta itu diluluskan di Dewan Undangan Negeri, semalam.


Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, belanjawan berkenaan fokus kepada pelaksanaan inisiatif dan insentif yang diyakini dapat mengimbangi keperluan sara hidup dan pengukuhan ekonomi rakyat ketika ekonomi dunia mungkin menempuh kemelesetan global tahun hadapan.


"Belanjawan 2023 Negeri Sembilan diperkasa bagi memastikan rakyat dapat dibantu dalam mengharungi isu peningkatan kos sara hidup dan jaminan bekalan makanan," katanya dalam ucapan penggulunggan di Persidangan Keempat (Belanjawan) Penggal Kelima DUN Negeri Sembilan Yang Ke-14.


DUN Negeri Sembilan mempunyai 36 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). Seramai 20 ADUN mewakili Pakatan Harapan dan 16 ADUN dari Barisan Nasional.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page