top of page

Belanjawan Negeri Perlis ketepi golongan belia - AMK negeri

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 17 minutes ago
  • 1 min read

ree

Oleh: Azuan Ab Rahman


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Perlis menegaskan Belanjawan Negeri Perlis 2026 masih belum memberikan jaminan jelas terhadap masa depan golongan belia, meskipun beberapa inisiatif pembangunan ekonomi dan pelaburan diumumkan.


Ketua AMK Perlis, Azzin Izzad Bahanudin (gambar) berkata, tumpuan belanjawan dilihat lebih kepada projek berskala besar tanpa perincian manfaat langsung kepada belia tempatan, khususnya dari segi peluang pekerjaan.


"Belanjawan tersebut gagal menetapkan sasaran terukur seperti jumlah peluang pekerjaan baharu untuk anak muda Perlis, tahap gaji yang ingin dicapai serta keutamaan pengambilan tenaga kerja tempatan.


"Tanpa penetapan petunjuk prestasi utama (KPI) yang jelas, pembangunan berisiko hanya kelihatan gah di atas kertas, sedangkan belia terus berdepan ketidakpastian dari segi pekerjaan dan masa depan," katanya dalam satu kenyataan.


Menerusi kenyataan sama beliau turut membangkitkan isu tekanan kos sara hidup belia, khususnya berkaitan pemilikan rumah.


Tegasnya, walaupun belanjawan ada menyentuh perumahan rakyat, keperluan belia untuk memiliki rumah pertama masih belum diberikan perhatian yang memadai.


"Peningkatan kadar caj pemajuan yang berkuatkuasa mulai 1 Januari 2026 berpotensi meningkatkan kos perumahan. Tanpa langkah imbangan khusus kepada belia, anak muda akan terus berdepan kesukaran untuk memiliki rumah di negeri sendiri," jelasnya.


Sehubungan itu, AMK Perlis menggesa keutamaan perbelanjaan negeri diseimbangkan antara pembangunan fizikal dan pembangunan modal insan muda, termasuk dana keusahawanan, latihan kemahiran serta program penempatan pekerjaan yang benar-benar berimpak.


"Belia adalah aset masa depan Perlis. Pembangunan hanya bermakna jika ia menjamin pekerjaan, kemahiran dan kehidupan yang lebih stabil kepada generasi muda," katanya lagi.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page