top of page

Belanjawan MADANI: Langkah berani bantu golongan layak - Amiruddin

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 26, 2023
  • 1 min read


Oleh: Abdullah Zaid


Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Belanjawan 2024 yang memberi bayangan melaksanakan subsidi bersasar dilihat sebagai satu langkah berani dan praktikal.


Dalam ucapan RUU Perbekalan di Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Datuk Seri Amirudin Shari (PH - Gombak) berkata, penyelasaran subsidi itu mampu membantu golongan yang layak selain mengajak rakyat yang berkemampuan untuk menabur bakti.


"Saya menyokong quantum leap (langkah besar) berani yang dibawa oleh Perdana Menteri dengan mensasarkan bantuan kepada golongan yang memerlukan seperti subsidi elektrik dan diesel.


Selain itu, ia mampu mengajak rakyat yang berkemampuan untuk pay their fare share (perkongsian hasil) bagi membolehkan Sumbangan Tunai Rahmah ditingkatkan sebanyak RM2 bilion kepada RM10 bilion.


"Justeru, belanjawan ini bukannya belanjawan yang menggunakan kaedah dengan izin one size fits all ataupun blanket approach sebaliknya ia belanjawan yang berani dan bersasar," katanya.


Dalam pada itu, menyentuh soal pendapatan isi rumah, Amiruddin berkata, sekitar 72.6% keluarga di Malaysia mempunyai pendapatan RM10,000 ke bawah berbanding golongan berpendapatan RM16,000 dan ke atas berjumlah 11.5%.


"Manakala hampir 40% isi rumah mempunyai pendapatan kurang daripada RM5,000.


"Ia jelas walaupun dari segi angka pengangguran, kita mencapai apa yang disebut sebagai full employment dengan kadar pengangguran 3.0%, namun kita masih lagi belum dapat mengatasi isu kualiti pekerjaan yang menawarkan gaji yang tinggi atau lebih berpatutan," ujar Amirudin lagi.

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page