top of page

Belanjawan Madani 2024 pro-pembangunan, pemulihan ekonomi



Belanjawan 2024 Malaysia Madani yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam merupakan belanjawan yang pro-rakyat, pro-pemulihan dan pro-pembangunan.


Menurut Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur, Andre Lai Chen Heng, belanjawan tersebut mampu memperkasakan intipati Malaysia Madani yang lebih sejahtera, adil dan lestari untuk semua rakyatnya.


"Meskipun seperti dijangka Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan terus mendapat peruntukan terbesar dalam Belanjawan 2024, namun ia juga dipenuhi dengan pembaharuan yang dijangkakan dan inisiatif strategik.


"Belanjawan itu bertujuan untuk menangani kekangan fiskal semasa sambil memupuk pertumbuhan yang mampan. Ketika negara memandang ke hadapan, tumpuan belanjawan terhadap subsidi yang disasarkan, percukaian dan strategi peningkatan hasil menawarkan gambaran ke arah ekonomi Malaysia yang lebih baik," katanya dalam satu kenyataan.


Selain itu, katanya, belanjawan juga akan menangani cabaran besar dalam ekonomi negara iaitu pemberian subsidi bersasar yang untuk menjimatkan beberapa bilion kewangan negara.


Katanya, subsidi akan mengambil peranan yang sebaik baiknya iaitu meringankan beban kewangan golongan yang kurang bernasib baik dari segi ekonomi, subsidi akan bertindak sebagai jaringan keselamatan, memastikan golongan miskin Malaysia tidak ketinggalan dalam usaha mengejar pertumbuhan ekonomi negara.


Manakala golongan kaya, katanya, akan membayar penuh harga barangan dan perkhidmatan yang diperlukan.


"Ketika Malaysia mengharungi polemik ekonomi antarabangsa yang semakin mencabar, Belanjawan 2024 memberikan peluang kepada kerajaan untuk melakukan pembaharuan penting.


"Dalam menghadapi kesukaran, keupayaan negara untuk menyesuaikan diri dan berinovasi akan menentukan perjalanan ekonominya.


"Banyak yang telah dirancang demi memberi tumpuan kepada memperkasakan golongan berpendapatan sederhana sebagai sebahagian daripada naratif Ekonomi Madani yang berhasrat untuk ekonomi terus bergerak dan pada masa yang sama mengurangkan tekanan kos sara hidup," katanya.


Andre Lai turut memuji sejumlah besar peruntukan diberi untuk pelaksanaan 5G serta penerimaan 5G oleh pemain industri yang telah menjadi kenyataan.


Katanya, spektrum 5G adalah gerbang memasuki masa hadapan yang lebih berwawasan. Kepantasan jaringan Internet mampu menjadikan Malaysia sebuah negara yang berteraskan teknologi tinggi.


"Bagaimanapun, isu kestabilan politik dan sosial turut diambil kira untuk pembangunan ekonomi yang mampan.


"Bagi memastikan keadilan dan kesamarataan sosial serta menggalakkan perbincangan dan persefahaman antara pelbagai kumpulan masyarakat maka inisiatif kerajaan untuk merapatkan hubungan wilayah Sarawak dan Sabah adalah satu usaha yang baik dengan menunai janji MA63.


"Begitu juga Peruntukkan yang lebih seimbang kepada komuniti orang Asal, Cina dan India. Ia turut membuktikan kerajaan Malaysia Madani lebih positif daripada kerajaan sebelum ini," katanya lagi


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page