top of page

Belanjawan lulus, beberapa persoalan belum dijawab secara meyakinkan



Meskipun Ahli-ahli Parlimen memilih untuk mengikuti nasihat Yang di-Pertuan Agong meluluskan Belanjawan 2021 agar pembayaran gaji kakitangan awam tidak tergendala namun beberapa perkara yang ditanyakan di Dewan Rakyat belum dijawab secara tuntas oleh Menteri Kewangan Senator Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.


Antaranya beberapa pertanyaan pada sesi sebelah petang sebelum penggulungan.


Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir misalnya bertanya, apabila Belanjawan 2021 ditambah peruntukannya adakah terdapat peruntukan kepada segmen tertentu yang akan dikurangkan.


"Saya mendengar pengumuman tambahan Belanjawan 2021. Adakah ini bermaksud belanjawan akan dipinda? Atau juga bermaksud penambahan di satu tempat tetapi pengurangan di tempat lain. Kalau ada pengurangan di mana yang akan dikurangkan?" katanya.


Begitu juga pertanyaan Ahli Parlimen Subang, Wong Chen berkenaan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 dalam Akaun 1, sama ada KWSP mempunyai kecairan mencukupi.


"Saya rasa menteri cuba untuk menolong orang-orang miskin tetapi tentang isu KWSP saya nak nasihat kepada yang ada di sini (berhubung) cadangan untuk memberi pengeluaran RM70 bilion KWSP. In flow KWSP tidak lebih RM20 bilion setahun.


"Maknanya KWSP kena cari dana RM50 bilion untuk tahun depan. Dari mana ni? Nak jual saham-saham di Bursa Malaysia? Menteri kena faham, kalau esok kita umumkan tajuk utama (pengeluaran wang), kita ada masalah besar.


"Kita (kerajaan) ada RM85 bilion defisit. KWSP kena beli bon. Nak beli bon dia kena jual saham lagi," katanya.


Berhubung sektor kesihatan pula, Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mempertikaikan peruntukan ke atas sektor kesihatan yang didapati berkurangan ke atas penyakit-penyakit bukan Covid 19.


"Apa pun Menteri Kewangan saya rakamkan kritikan daripada Academy of Medicine of Malaysia dan MMA yang menyatakan peruntukan belanjawan yang dijudulkan untuk Covid 19 adalah sangat mengecewakan.


"Sebanyak 10.3% (daripada keseluruhan belanjawan) kami (kerajaan Pakatan Harapan) berikan dalam 2020, tahun ini Menteri Kewangan hanya beri 9.9%. Mengikut nisbah kita perlu memperkasakan kesihatan. Menteri nampaknya mengecewakan.


"Kita perlu memperkasakan seluruh sektor kesihatan yang memerlukan bukan sahaja untuk Covid. Ini yang dipertikaikan oleh Academy of Medicine of Malaysia dan MMA. Ini yang mereka kecewa. Bukan pelan reaktif tetapi pelan bersifat jangka panjang yang disebutkan oleh menteri sendiri," katanya.


Melihat banyak persoalan yang tidak dijawab dengan meyakinkan perbahasan di peringkat jawatankuasa selepas ini dijangkakan akan menjadi lebih sengit.


Tidak mustahil ada beberapa rang undang-undang perbekalan kementerian yang tidak diluluskan, biar pun Belanjawan 2021 telah diluluskan pada pringkat dasar.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page