top of page

Belanjawan: KKM bentang perincian tambah peruntukan



Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan membentangkan perincian bagi mendapatkan lebih peruntukan bagi sektor kesihatan.


Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata peruntukan yang lebih banyak diperlukan bagi menyelesaikan pelbagai isu terkait sistem penjagaan kesihatan awam.


"Isu-isu berbangkit seperti kebajikan, kesihatan fizikal dan mental petugas kesihatan, sistem sumber manusia, penetapan gaji saksama, jaminan pekerjaan serta isu lain sentiasa menjadi keutamaan Kementerian Kesihatan (KKM) kerana tiada penyelesaian mudah untuk isu-isu ini," katanya dalam catatan Twitter.


Zaliha turut memberitahu, pihak kementerian mengambil berat pandangan petugas kesihatan berhubung situasi semasa sistem kesihatan negara dan sedang melakukan pelbagai langkah menyeluruh dari aspek dasar serta teknikal.


Pertemuan berkala dengan semua pihak berkepentingan khasnya daripada kakitangan di lapangan akan diteruskan bagi mendapatkan lebih banyak maklum balas, termasuk mengenal pasti penyelesaian jangka pendek dan panjang.


"Sebahagian besar proses perubahan sistem kesihatan ini menuntut pendekatan merentasi agensi.


"Semua perkara yang disebut juga merupakan sebahagian daripada pembaharuan dan keutamaan Kertas Putih Kesihatan, yang mana ia akan dijadikan penanda aras kepada pelbagai reformasi sektor kesihatan pada masa akan datang," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page