Belanjawan 2027: Terjemah pertumbuhan kepada keselesaan hidup rakyat - PM


Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Belanjawan MADANI 2027 yang bakal dibentang Jumaat ini Kelima berpaksikan tekad yang jelas untuk memperkukuh ekonomi negara dengan menterjemahkan pertumbuhan kepada kehidupan lebih baik untuk rakyat.
Perdana Menteri berkata beliau sedar bahawa pertumbuhan ekonomi sahaja belum cukup memadai jika masih ada rakyat yang berdepan tekanan kos sara hidup.
"Belanjawan MADANI Kelima berpaksikan tekad yang jelas bahawa ekonomi negara mesti terus diperkukuh dan pertumbuhan mesti diterjemahkan kepada kehidupan rakyat yang lebih baik.
"Saya sedar, pertumbuhan ekonomi sahaja belum memadai jika masih ada rakyat yang berdepan tekanan kos sara hidup," katanya dalam hantaran di media sosial hari ini.
Terdahulu Anwar yang juga Menteri Kewangan memberikan taklimat berkaitan Belanjawan MADANI 2027 kepada pengarang-pengarang media di Putrajaya bagi menjelaskan hala tuju serta ikhtiar Kerajaan MADANI untuk rakyat.
Perdana Menteri menekankan bahawa Belanjawan 2027 akan terus memberi tumpuan kepada usaha meringankan beban, melindungi rakyat, membuka peluang dan memastikan manfaat pembangunan dirasai dengan lebih adil.
"Segala perincian akan saya bentangkan Jumaat ini, Insya-Allah. Semoga segala ikhtiar ini dipermudah dan diberkati Allah SWT," kata beliau.
Perdana Menteri dijadual membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, Jumaat ini, pada pukul 3.30 petang.




Comments