Belanjawan 2027: Kementerian Komunikasi bawa suara industri kreatif


Kementerian Komunikasi mengemukakan lebih 20 inisiatif meliputi program baharu, projek susulan serta penambahbaikan mekanisme sedia ada dikemukakan untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan 2027.
Menterinya, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, cadangan dikemukakan kepada Kementerian Kewangan itu disediakan berdasarkan maklum balas pemain industri serta agensi termasuk Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
"Kita berharap sebahagian besar daripada inisiatif yang dikemukakan dapat diterima dan dilaksanakan pada tahun hadapan," katanya dipetik laporan media.
Fahmi berkata begitu selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi di Menara Komunikasi di Putrajaya semalam yang turut dihadiri Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Abdul Halim Hamzah.
Mengulas lanjut fahmi berkata, cadangan dikemukakan mengambil kira keperluan memperkukuh industri kreatif dan komunikasi, selain memastikan program yang dilaksanakan kerajaan terus memberi impak kepada sektor berkaitan.
"Antara inisiatif yang mahu diteruskan termasuk program Insentif Penggambaran di Malaysia (FIMI) di bawah FINAS serta program SIMI di bawah kendalian MyCreative Ventures," katanya.
Belanjawan 2027 dijadual dibentangkan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 9 Oktober ini.
Pembentangan itu akan menjadi antara tumpuan utama menjelang perancangan perbelanjaan kerajaan bagi tahun depan, termasuk peruntukan untuk sektor komunikasi, teknologi digital dan industri kreatif.




Comments