top of page

Belanjawan 2026: Peruntukan RM470 bilion belanja mengurus, pembangunan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 10
  • 1 min read

ree

Oleh: Akmal Manaf


Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM470 bilion bagi Belanjawan 2026 meliputi perbelanjaan awam, berbanding RM452 bilion pada tahun lalu.


Perdana Menteri (PM) yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) berkata, jumlah itu turut meliputi RM338.2 bilion belanja mengurus OE Persekutuan, RM81 bilion belanja pembangunan dan RM30 bilion pelaburan syarikat GLIC.


''RM10 bilion untuk pelaburan awam-swasta dan RM10.8 bilion pelaburan Badan Berkanun Persekutuan dan Syarikat MKD,'' katanya di Dewan Rakyat hari ini.


Belanjawan 2026 yang bertemakan 'Belanjawan Rakyat' merupakan belanjawan keempat yang dibentangkan Kerajaan MADANI pimpinan Anwar.


Ia juga merupakan yang pertama bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), sekali gus menjadi asas utama bagi pelaksanaan pelan pembangunan negara untuk tempoh lima tahun akan datang.


Belanjawan ini dibentang di tengah tengah pengukuhan ekonomi Malaysia berdasarkan laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), yang mana negara mencatatkan pertumbuhan ekonomi sebanyak 4.4% pada suku kedua tahun ini, mengekalkan momentum yang sama seperti suku pertama.


Nilai Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pula mencecah RM419.3 bilion, dipacu oleh sektor Perkhidmatan, Pembinaan dan penggunaan domestik yang kukuh.


Bank Negara Malaysia (BNM) turut melaporkan bahawa inflasi keseluruhan menurun kepada 1.3%, manakala inflasi teras kekal stabil pada 1.8%.


Ringgit mencatatkan pengukuhan sebanyak 5.1% berbanding dolar AS, didorong oleh kelemahan dolar dan usaha terselaras kerajaan serta BNM dalam pasaran pertukaran asing.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page