top of page

Belanjawan 2026: Langkah berani kurangkan defisit dipuji

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 16
  • 1 min read

ree

Oleh: Akmal Manaf


Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen (gambar) semalam merakamkan penghargaan kepada Kerajaan MADANI atas langkah berani dan strategik yang diambil untuk menstabilkan kedudukan kewangan negara.


Beliau berkata, langkah yang diambil kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sekali gus mencerminkan komitmen jelas terhadap penyatuan fiskal yang mampan dan berdisiplin.


Katanya, tindakan berani itu telah membuahkan hasil yang menyaksikan kadar defisit negara telah berkurang secara berperingkat kepada 4.1% pada tahun 2024 dan disasarkan menurun lagi kepada 3.8% pada tahun ini.


"Ini merupakan satu anjakan struktur yang signifikan menandakan bahawa ekonomi negara semakin berdaya tahan dan tidak lagi terlalu bergantung kepada sumber yang mudah berubah.


"Lebih membanggakan apabila Kerajaan MADANI mengambil kira langkah mengurangkan defisit fiskal ini yang dilakukan sejajar dengan langkah meningkatkan perlindungan sosial terutamanya bagi kumpulan rentan melalui inisiatif seperti SARA, STR, subsidi bersasar dan sebagainya," katanya di Dewan Rakyat hari ini.


Menurut William lagi, bantuan-bantuan yang disebutkan sememangnya satu keperluan bagi melindungi golongan yang mudah terjejas akibat kejutan ekonomi.


Pada masa sama katanya, bantuan itu juga antara lain memastikan bahawa pertumbuhan ekonomi negara dapat dijalankan secara terangkum sesuai dengan aspirasi Ekonomi MADANI untuk meningkatkan lantai dan meninggikan siling untuk semua lapisan masyarakat.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page