top of page

Belanjawan 2026 cerminan keberanian politik, tatakelola Kerajaan MADANI

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 11
  • 1 min read

ree

Belanjawan MADANI 2026 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) semalam disifatkan oleh Naib Presiden KEADILAN, Roland Engan (gambar) sebagai satu pembentangan yang teliti, inklusif dan mencerminkan keberanian politik kerajaan dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa.


Menurutnya, pembentangan belanjawan itu sebagai berani serta memahami keperluan rakyat terbanyak.


"Saya kagum dengan ucapan pembentangan yang teliti dengan Belanjawan 2026 yang inklusif, berani dan semakin mencabar setelah mengambilkira perkembangan ekonomi, kestabilan politik, keyakinan antarabangsa pada negara," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut beliau, Belanjawan MADANI 2026 lahir daripada ‘political will’ yang kuat di pihak Kerajaan Perpaduan dan pimpinan PMX, sekali gus menunjukkan kesungguhan untuk membina semula ekonomi negara berasaskan nilai integriti dan kecekapan.


"Belanjawan 2026 menggariskan banyak perkara yang menyentuh keperluan rakyat serta cara memperkasakan rakyat untuk mengatasi cabaran tersebut melalui pemerkasaan bersasar," ujarnya.


Roland turut memuji perhatian khusus yang diberikan kepada Sabah dan Sarawak, dengan peningkatan dana pembangunan bagi memastikan kemajuan yang lebih seimbang di dua wilayah itu.


"Untuk Sabah dan Sarawak yang mendapat suntikan dana pembangunan yang meningkat, semoga dua wilayah ini akan terus membangun secara bersasar, khususnya kawasan pedalaman yang masih lambat membangun," katanya.


Beliau turut menegaskan hal yang lebih penting kini ialah memastikan Belanjawan 2026 dibahaskan secara tuntas di Parlimen dan dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab.


"Apa yang penting ialah Belanjawan 2026 akan dibahaskan dan diluluskan sewajarnya kelak. Perlaksanaannya pasti melalui proses tatakelola yang baik sejajar dengan prinsip dan nilai Malaysia MADANI," ujarnya lagi.


Roland percaya, Bajet MADANI 2026 bukan sekadar dokumen ekonomi, tetapi cerminan keberanian politik dan keutuhan moral kerajaan dalam memastikan hasil negara kembali kepada rakyat secara adil dan berkesan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page