top of page

Belanjawan 2025: 'Maklumat belum muktamad' - Fahmi



Oleh: Akmal Manaf


Tiada sebarang maklumat tambahan, juga tiada sebarang spekulasi berhubung pembentangan Belanjawan 2025 yang dijangka pertengahan bulan ini, kata Fahmi Fadzil.


Jurucakap Kerajaan Perpaduan itu berkata demikian selepas ditanya pemberita mengenai perkembangan terbaharu proses menyediakan Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Oktober nanti.


Katanya, Jemaah Menteri akan bermesyuarat pada pagi Jumaat, hari berkenaan.


''Dalam mesyuarat itu, kita akan mendapat maklumat yang mutakhir mengenai beberapa keputusan dan juga pengumuman.


''Bagaimanapun, ia terpulang dan tertakluk kepada apa yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan disahkan oleh Kementerian Kewangan (MOF),'' katanya dalam sidang media mingguan di kementeriannya, di Putrajaya, hari ini.


Menurut Fahmi yang juga Menteri Komunikasi, beliau ada mendapat sedikit maklumat namun perkara tersebut masih belum muktamad.


Justeru, katanya, beliau tidak mempunyai sebarang maklumat tambahan dan juga tidak ada spekulasi.


''Kita tunggu 18 Oktober nanti,'' katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page